Nak Kurus Tak Perlu Berlapar! 5 Karbohidrat Terbaik Untuk Ganti Nasi Putih!
Di saat memutuskan untuk mula turunkan berat badan, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan menghadkan pengambilan karbohidrat dari menu makanan harian.
Walaupun begitu, terdapat beberapa jenis makanan berkarbohidrat yang baik dan boleh membantu lagi proses Maduners untuk turunkan berat badan. Ingat, meskipun nak hadkan pengambilan karbohidrat tetapi badan kita masih memerlukan karbohidrat tau!
Jadi, untuk turunkan berat badan, di bawah ini Madu senaraikan lima makanan kaya karbohidrat yang harus masuk dalam senarai makanan diet Maduners!
Ubi keledek
Ubi keledek atau sweet potato boleh menjadi sebahagian daripada makanan diet Maduners untuk turunkan berat badan.
Ubi keledek memiliki kalori yang lebih rendah namun tinggi dengan karbohidrat dan serat jika dibandingkan dengan kentang putih. Tumbuhan ini juga tinggi dengan mikronutrien termasuk kalium yang pastinya diperlukan untuk menjayakan misi turun berat badan.
Beras perang
Sebagai pengganti nasi putih yang biasanya kita makan, Maduners boleh mula beralih kepada penggunaan beras perang!
Kajian terhadap 430 orang di Jepun mendapati bahawa orang yang menggunakan beras biasa menyebabkan penambahan berat badan sedangkan mereka yang menggunakan beras perang menunjukkan hasil sebaliknya.
Orang yang makan nasi putih selama setahun mengalami kenaikan berat badan yang cukup banyak sedangkan orang yang makan menggunakan beras perang (berapa pun jumlahnya) tidak memiliki risiko tersebut.
Ini kerana, beras perang kaya dengan serat dan menjadikannya pilihan yang tepat untuk Maduners yang turunkan berat badan. Rasa dia tak jauh beza pun dengan beras biasa!
Roti serat penuh (Wholemeal bread)
Kalau Maduners nak tahu, pengambilan roti serat penuh ini membantu untuk menurunkan berat badan kerana menjadikan indeks massa tubuh semakin rendah. Maduners boleh sajikan roti ini dengan resipi yang pelbagai. Lebih menarik dan berselera nak makan!
Oat
Daripada Maduners makan nasi lemak atau roti canai, pilihlah oatmeal yang tinggi serat sebagai sarapan. Menariknya dengan sajian oat ini, kita boleh olah samada nak jadikan oat manis atau savoury dish seperti bubur nasi! Walaupun makanan diet, masih boleh olah menjadi makanan yang sedap dan menyelerakan.
Quinoa
Madu yakin ramai yang sedang mencuba untuk kurus pernah dengar tentang quinoa. Quinoa adalah sejenis biji jenis chenopodium dari pokok quinoa.
Ia dikategorikan sebagai pseudo bijirin kerana pokoknya bukan dari jenis lalang seperti padi, gandum atau barli tetapi dari jenis tumbuhan yang menyerupai pokok bayam.
Quinoa ini sangat bagus buat mereka yang diet digunakan sebagai pengganti nasi kerana nilai kandungan proteinnya sangat tinggi!
Quinoa merupakan sumber yang kaya dengan serat, zat fosforus, zat magnesium dan zat besi. Ia juga mengandungi gluten dan mudah dicerna!
Madu harap artikel ini dapat membantu Maduners yang tengah berusaha atau sedang merancang diet plan untuk turunkan berat badan. Semoga berjaya!