Resipi Aiskrim Mewah Ala Magnum Dari Dapur Sendiri Dengan Hanya 4 Bahan! – Manis Madu
Resipi Aiskrim Mewah Ala Magnum Dari Dapur Sendiri Dengan Hanya 4 Bahan!

Resipi Aiskrim Mewah Ala Magnum Dari Dapur Sendiri Dengan Hanya 4 Bahan!

Dalam cuaca yang panas, paling best kalau dapat makan pencuci mulut sejuk-sejuk kan? Manisan paling simple dan senang nak dapat, salah satunya aiskrim! Ahhh, kalau makan aiskrim dalam cuaca panas memang asyik!

 

Hari ini Madu nak kongsi satu resipi aiskrim mewah dengan Maduners hanya dengan 4 bahan.

roman-s-food-aWBweuWlju4-unsplash (1)

Bahan-bahan:

  • 500 ml Dairy Whipping cream yang sejuk
  • 160 ml susu pekat manis
  • 300g kepingan coklat susu
  • 5 sudu minyak masak
tik tok magnum (1)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan whipping cream dan campurkan dengan susu pekat manis. Kacau hingga sebati. Pastikan whipping cream masih dalam suhu sejuk dan baru keluar daripada peti sejuk.
  2. Gunakan acuan silikon, masukkan batang aiskrim dan tuang adunan aiskrim tadi ke dalam acuan.
  3. Tutup acuan tersebut dan keraskan di dalam peti sejuk semalaman.
  4. Untuk salutan coklat pula, masukkan 2-3 sudu minyak jagung kemudian masukkan 300g kepingan coklat susu dan cairkan. Guna kaedah double boiling ya.
  5. Masukkan adunan salutan coklat ke dalam bekas tinggi untuk memudahkan proses menyalut aiskrim. Celup aiskrim yang sudah dibekukan ke dalam adunan coklat dan biarkan coklat mengeras.
  6. Akhir sekali, masukkan semula aiskrim yang sudah siap disalut ke dalam peti sejuk untuk dibekukan lagi selama beberapa jam sebelum boleh dinikmati.

Senang kan resipi ini! Tidak perlu menggunakan mixer atau ice cream maker. Maduners jangan lupa untuk cuba resipi okay?

Post a Comment