Nak Pergi Ipoh Jauh Sangat, Jom Buat Sendiri Bebola Keledek Viral!
0 comments
Sudah beberapa kali rasanya lalu di laman sosial Anis tentang makanan viral yang satu ini! Kalau tengok di akaun pemiliknya, memang beratur orang tunggu depan kedai untuk beli makanan ringan ini tau.
View this post on Instagram
Seiring dengan itu, banyak juga resipi untuk membuat bebola keledek mula dihasilkan dan dikongsi di media sosial. Yelah, selalunya makanan viral ini tak semua orang boleh rasa kerana perbezaan lokasi makanya jomlah kita buat sendiri!
Bahan-bahannya sangat simple! Resipi ini hanya memerlukan 3 bahan sahaja iaitu:
200g keledek
70g tepung ubi
70g gula
Cara penyediaan:
- Kukus 200g keledek selama 20 minit.
- Kemudian, masukkan tepung ubi disertakan dengan gula dan uli hingga sebati dan adunan menyatu dengan baik ya.
- Bila adunan dah menjadi, Maduners boleh uli secara memanjang pula untuk proses seterusnya.
- Seterusnya, korang potong kecil-kecil dan bentukkan menjadi bulat dan sedia untuk digoreng. Tips ketika menggoreng, korang kena tekan-tekan bebola tersebut sehingga garing dan boleh angkat. Tadaaa, sedia untuk di makan!
Mudahnya nak buat, bahan-bahan pun sangat ringkas. Korang jangan lupa buat di rumah ya. Boleh tengok video di bawah untuk rujukan okay?
@arizlufiasNak pergi Ipoh jauh, kita buat sendiri lah. 😌🫠
Selamat mencuba Maduners!