Netizen Emosi Lihat Aksi Penyelam Cekik Tengkuk Penyu, Pemilik Video Tampil Jelaskan Perkara Sebenar
Isu penyu diancam kepupusan sudah lama dibangkitkan beberapa tahun lalu. Kerosakan alam menjadi antara punca utama sepsis ini berada dalam situasi sedemikian. Oleh itu, program pemuliharaan haiwan reptilia ini sudah mula dijalankan dan penyu menjadi haiwan yang dilindungi dan dipelihara.
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila sebuah video yang memaparkan aksi pelancong yang dikatakan memaksa penyu untuk timbul mengundang amarah netizen.
Pemuda dalam video berkenaan dilihat mencekik tengkuk haiwan itu dari dasar laut dan ditarik ke permukaan air.
Video yang dimuat naik laman Instagram @ohmyganung itu memperlihatkan seorang pemuda yang bertindak mencekik tengkuk seekor penyu dari dasar laut dan ditarik ke permukaan air.
View this post on Instagram
“Wanted! Cekik tengkuk penyu, paksa penyu timbul. Perangai apa huduh sangat buat ke penyu macam ni. Siapa kenal tolong beritahu. Pihak berwajib pun tengah cari ni,” tulis keterangan pada hantaran berkenaan.
Tambahnya lagi, undang-undang di bawah Seksyen 27 Akta Perikanan 1985 mengatakan bahawa tiada seorang pun boleh memancing, mengganggu, mengusik, menangkap atau mengambil penyu. Jika sabit kesalahan, denda sebanyak RM20,000 boleh dikenakan kepada pelaku.
Dalam pada itu, individu asal yang memuat naik video tersebut menjelaskan bahawa dia bukanlah pelaku tetapi perkara itu dilakukan oleh ‘guide’ terlatih yang membawanya melihat penyu.
Video berkenaan juga dimuat naik bertujuan sekadar berkongsi pengalaman ketika melihat penyu berada di depan mata.
View this post on Instagram
Meskipun begitu, tindakan yang dilakukan pemuda dalam video tersebut mendapat kecaman hebat daripada netizen yang turut merasa marah apabila haiwan reptilia itu diperlakukan sedemikian.
“Kesiannya penyu tu. Mohon pihak berwajib ambil tindakan. Salah tetap salah, aniaya haiwan,”
“So freaking rude. Jangan kacau penyu boleh tak? Takde otak ke apa,”
Kes masih dalam siasatan dan pelaku sebenar masih belum ditemui.