Tahu Takut! Kanak-Kanak Lari Tak Cukup Tanah Bila Jumpa ‘Sesuatu Menyeramkan’ Dalam Peti Ais – Manis Madu
Tahu Takut! Kanak-Kanak Lari Tak Cukup Tanah Bila Jumpa ‘Sesuatu Menyeramkan’ Dalam Peti Ais

Tahu Takut! Kanak-Kanak Lari Tak Cukup Tanah Bila Jumpa ‘Sesuatu Menyeramkan’ Dalam Peti Ais

Perasan tak, tabiat kanak-kanak salah satunya suka buka tutup peti ais? Kalau sekali dua boleh terima lagi, ini berkali-kali buka dalam sejam! Haiyya, pening kepala. Bukannya apa, bimbang mereka capai benda yang berbahaya atau berlaku perkara yang tak diingini.

 

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita di laman TikTok yang menunjukkan gelagat anaknya yang suka membuka peti ais.

@rayyan_inaramasa ni rayyan umo 2 tahun 😂 mumy tgh mabuk preggy ke adik . xlrt tgok die buka katup peti ais mcm nk roboh 🤣🤣🤣🤣

♬ original sound – cintaHati❤

“Masa ni Rayyan umur 2 tahun. Mummy tengah mabuk preggy ke adik. Tak larat tengok dia buka tutup peti ais macam nak roboh,” tulisnya.

 

Video tersebut menunjukkan kanak-kanak lelaki bernama Rayyan sedang menghampiri peti ais dan membukanya. Tanpa diketahui ternyata ada sesuatu yang mengerikan menanti dia setelah membuka peti ais tersebut.

 

Menurut ibunya, Rayyan ‘insaf’ seketika setelah dikejutkan dengan karakter seram di dalam peti ais namun tidak lama selepas itu kembali dengan tabiat membuka pintu peti ais seperti biasa.

 

Ruangan komen pada hantaran tersebut meraih 1.5 juta tontonan, ribuan komen dan dikongsi ribuan orang.

 

Rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat gelagat kanak-kanak lelaki itu yang terkejut selepas melihat apa yang ditampal oleh ibunya dalam peti ais tersebut.

 

“Aunty rasa idea ni boleh di pakai untuk anak auny tapi kan aunty risau pulak aunty yang terkejut hahaha,”

 

“Weiiiii, hahahaha maaf dik, uncle tak mampu nak tahan gelak,” 

 

Kalau macam ini, bukan kanak-kanak jerr takut, orang tua pun boleh terkejut beruk tau!

Post a Comment