Netizen Hong Kong Hamun Nicole Kidman Kerana Tak Kuarantin – Manis Madu
Netizen Hong Kong Hamun Nicole Kidman Kerana Tak Kuarantin

Netizen Hong Kong Hamun Nicole Kidman Kerana Tak Kuarantin

Keputusan Hong Kong untuk memberikan pelepasan kuarantin kepada bintang Hollywood, Nicole Kidman mengundang kemarahan awam.

 

Pelakon berkenaan berada di Hong Kong untuk menjalani penggambaran siri ekspatriat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nicole Kidman (@nicolekidman)

Hab kewangan China itu melaksanakan perintah kuarantin paling ketat di dunia, yang berjaya menjadikan kes jangkitan di sana kekal rendah sejak 18 bulan lalu.

 

Individu yang tiba dari negara berisiko tinggi perlu menjalani kuarantin di hotel selama 21 hari, manakala mereka dari negara berisiko rendah perlu menjalani kuarantin tujuh hari diikuti pemantauan kendiri selama tujuh hari.

 

Namun menurut laporan, Nicole Kidman, 54, dibenarkan melepasi peraturan itu.

 

Biro Pembangunan Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong mengesahkan aktres Australia dan kru penggambaran diberikan pelepasan kuarantin atas dasar ‘terbabit dalam kerja profesional’.

 

Tabloid tempatan mengikut rapat pergerakan Kidman sejak ia tiba Khamis lalu menggunakan jet peribadi dari Australia, termasuk memerhatikannya membeli-belah dua hari selepas ketibaannya.

 

Kidman adalah penerbit eksekutif ‘Expats’, kisah yang diadaptasi dari buku Janice YK Lee yang diterbitkan pada 2016 mengenai kehidupan mewah wanita Amerika di Hong Kong.

 

Media sosial dipenuhi komen ekspatriat dan penduduk tempatan yang mempertikaikan peraturan kuarantin Kidman.

 

“Saya mahu tukar nama ibu saya kepada Nicole Kidman dan menghasilkan filem yang diberi judul ‘My Mum Visits Hong Kong,” ciap akaun Twitter @webbhk yang popular dalam kalangan ekspatriat dengan nada menyindir hal ini.

Kumpulan sokongan di Facebook yang disertai individu yang menjalani kuarantin di Hong Kong turut dipenuhi komen berbaur kemarahan di mana mereka tidak dibenarkan bertemu ahli keluarga selama dua tahun disebabkan peraturan kuarantin itu.

Post a Comment