Netizen Melenting Gara-Gara TV Al Hijrah Jemput Kaklong 7E Sebagai Tetamu Program – Manis Madu
Netizen Melenting Gara-Gara TV Al Hijrah Jemput Kaklong 7E Sebagai Tetamu Program

Netizen Melenting Gara-Gara TV Al Hijrah Jemput Kaklong 7E Sebagai Tetamu Program

Stesen televisyen TV Al Hijrah mengambil keputusan untuk menangguhkan siaran episod yang melibatkan kehadiran ‘Kak Long 7E’, lapor Kosmo!

 

TV Al Hijrah dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus susulan daripada program tersebut.

 

“Program Trending merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

“Kehadiran Kak Long 7E di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki sebagai panelis yang berperanan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada Kak Long 7E agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial,” katanya.

 

Tambah kenyataan itu, pihak TV Al Hijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan agar lebih bermanfaat.

 

Susulan perkara ini juga, netizen tidak dapat menahan diri daripada menghamburkan kemarahan dengan tindakan stesen televisyen terbabit yang dikatakan tidak peka hanya kerana untuk menaikkan rating.

Post a Comment