Niat Bantu Tetapi Tindakan Diputar Belit, Kylie Jenner Tampil Pertahan Diri – Manis Madu
Kylie Jenner Tampil Pertahan Diri

Niat Bantu Tetapi Tindakan Diputar Belit, Kylie Jenner Tampil Pertahan Diri

Menurut laporan Kosmo!, selebriti dan ahli perniagaan terkenal, Kylie Jenner tampil mempertahankan diri selepas dikecam kerana memulakan kutipan derma menerusi saluran Go Fund Me.

 

Derma tersebut dilaksanakan bertujuan untuk membiayai kos pembedahan otak jurusolek dan rakan baiknya, Samuel Rauda.

 

Kylie membidas kecama yang dilemparkan kepadanya dalam satu hantaran di InstaStory semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kylie 🤍 (@kyliejenner)

Dalam perkongsian tersebut, Kylie menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dan kenapa dia hanya mendermakan USD5,000 (RM20,567) untuk tabung berkenaan.

 

“Penting untuk saya jernihkan keadaan apabila ada yang mengatakan saya meminta peminat untuk menderma dan menanggung bil perubatan Samuel.

 

“Samuel bukan jurusolek saya dan kami tidak ada sebarang ikatan lagi. Namun, saya pernah bekerjasama dengannya beberapa tahun lalu dan saya rasa dia antara yang terbaik,” ujarnya.

 

Kylie juga berkata bahawa mendengar berita kemalangan yang menimpa Samuel melalui seorang jurusolek yang kini bekerja untuknya iaitu Ariel.

 

“Selepas diberitahu tentang kemalangan tersebut, saya terus ke laman Go Fund Me dan ketika itu, jumlah kutipan yang berjaya dikutip adalah sebanyak USD6,000 (RM24,681), jadi saya tambah lagi USD5,000 (RM20,567) untuk mencukupkannya,” tulisnya.

 

Kylie tidak menyangka perkongsian tersebut di media sosial akan mengundang salah faham netizen.

 

“Saya fikir, apabila saya kongsikan dalam media sosial, saya dapat membantu tetapi tidak tahu pula tindakan tersebut diputar belit.

 

Sebelum ini, nama Kylie menjadi bualan hangat netizen selepas dia memuat naik gambar Samuel beserta kapsyen yang memohon supaya peminat turut menghulurkan sumbangan buat jurusolek itu.

 

Kebanyakan netizen berpendapat, Kylie tidak sepatutnya meminta derma daripada orang ramai kerana dia sendiri mampu untuk membayar jumlah tersebut dengan kekayaan yang dimiliki.

Post a Comment