Niat Beli Kucing Baka British Shorthair Tapi Rugi RM3, 230 Ditipu! – Manis Madu
Niat Beli Kucing Baka British Shorthair Tapi Rugi RM3,230 Ditipu

Niat Beli Kucing Baka British Shorthair Tapi Rugi RM3, 230 Ditipu!

Seorang pekerja swasta membuat laporan polis mendakwa diperdaya dalam pembelian dua ekor kucing menerusi laman sosial Instagram hingga menyebabkan kerugian RM3, 230 semalam, lapor Astro Awani.

 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, wanita berusia 24 tahun itu mendakwa bayaran dibuat bagi membeli kucing baka British Shorthair dan British Longhair, masing-masing diiklankan pada harga RM290 dan RM240.

 

“Mangsa mendakwa telah menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp pada iklan di laman itu dan berurusan dengan seorang lelaki sebelum memindahkan wang secara dalam talian ke akaun bank yang diberikan sebanyak empat kali berjumlah RM3,230 yang dikatakan sebagai bayaran kucing dan proses dokumentasi.

 

“Bagaimanapun, suspek dikatakan terus meminta wang atas pelbagai alasan termasuk bagi mendapatkan sijil kelahiran kucing menyebabkan mangsa curiga. Mangsa mendakwa enggan meneruskan pembelian dan meminta wangnya dikembalikan semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Beliau berkata mangsa mendakwa suspek berkeras tidak mahu memulangkan wang itu, menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Post a Comment