Niat Rakam Video Nak Tolong Pelajar, Netizen Persoalkan Etika & Professionalism! – Manis Madu
Niat Rakam Video Nak Tolong Pelajar, Netizen Persoalkan Etika & Professionalism!

Niat Rakam Video Nak Tolong Pelajar, Netizen Persoalkan Etika & Professionalism!

Baru-baru ini melalui satu hantaran di Facebook, seorang guru ada memuat naik video merakam pelajarnya yang difahamkan keluarganya mengalami masalah kewangan hingga tidak mampu membeli baju sukan.

 

Dalam video berkenaan, guru tersebut bertanya beberapa soalan peribadi kepada pelajar berkenaan sebelum memuat naik di media sosial.

Perkara itu mendapat perhatian ramai pihak dan rata-rata mempersoalkan tindakan guru berkenaan yang merakam wajah penuh pelajarnya dan dianggap sebagai melanggar etika sebagai seorang pendidik.

 

“Cikgu tahu kan tak boleh rakam? Awkward and uncomfortable for the kid? Nak explain mak ayah kerja apa, berapa adik beradik. Tahu nak viral nak tolong, tapi budak tu tak perlu diletakkan dalam situasi ini,” komen seorang pengguna Twitter.

 

“Dia bukan tentang nak pandang buruk ke tak. Tapi soal professionalism. Sepatutnya sebagai guru, mereka kena protect privacy para pelajar. Even dengan adult sekali pun, kena ada consent dulu nak rakam, nak post dekat socmed semua,” tulis @Aateen_

 

Ketika ditanya, guru tersebut berkata telah mengambil maklum tentang akta tersebut dan melampirkan surat pekeliling daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Jangan risau. Saya bahagian ni saya dah baca akta. Baru ja cakap dengan pegawai dan saya tak ada buat salah,” tulis guru itu di ruangan komen.

Post a Comment