Hati-Hati Kalau Nampak Kereta Rosak Tepi Jalan, Mungkin Modus Samun! – Manis Madu
Hati-Hati Kalau Nampak Kereta Rosak Tepi Jalan, Mungkin Modus Samun!

Hati-Hati Kalau Nampak Kereta Rosak Tepi Jalan, Mungkin Modus Samun!

Sekarang ini, pelbagai cara boleh dilakukan bagi mereka yang berniat jahat. Nak samun, nak scam atau lain-lain jenayah dilakukan dengan cara yang licik!

 

Baru-baru ini melalui sebuah hantaran yang tular di media sosial, satu video menunjukkan sebuah kereta ‘kononnya’ rosak di jalan raya dan terlihat berbaring di atas jalan.

 

Video itu dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dengan keterangan.

“Hati-hati guys, ni trick samun,” tulisnya.

 

Dalam video berkenaan juga dilihat seolah-olah ada kelibat manusia yang berlari serta pintu kereta di sebelah kiri ditutup ketika pemilik video melalui kawasan tersebut.

 

Namun, jelas keterangan dalam ciapan tersebut, pemilik video sebenarnya tidak tahu apakah perkara sebenar yang terjadi oleh itu dia tidak memberhentikan keretanya.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen kesal dengan tindakan mereka yang menggunakan trick tersebut untuk tujuan tidak baik yang pada akhirnya membuatkan orang teragak-agak membantu mereka yang betul-betul dalam kesusahan.

 

“Disebabkan penyamun bodoh macam ni lah, orang yang betul-betul perlukan pertolongan di jalan jadi mangsa. Kita niat nak menolong pun jadi berfikir 2-3 kali sebab takut benda tak diingini. Akhirnya takda siapa bantu dorang,” komen @HearyAzween.

 

“Hm lepas ni kena fikir banyak kali nak tolong orang, tak boleh ke semua manusia baik je. Kenapa kena mencuri…kenapa nak tolong kena berfikir dua tiga kali…dunia dunia,” tulis @dausmax_

 

Macam-macam kan yang berlaku di dunia sekarang? Harapnya Maduners dapat ambil langkah berjaga-jaga dan beringat selalu ya. Utamakan keselamatan!

Post a Comment