Obses Putih Punya Pasal, Wanita Sebar Kesedaran Bahaya ‘Whitening Drip’
Isu ‘obses putih’ bukan perkara baru dalam masyarakat di Malaysia. Desakan untuk memenuhi ‘standard kecantikan’ kadang-kadang membuatkan segelintir wanita sanggup mengenepikan risiko berbahaya yang mendatang.
Seperti kisah seorang wanita yang terbuka berkongsi deritanya menerusi video di laman TikTok tentang obsesinya terhadap kecantikan.
@ladyvin_official Jangan jap whitening drip ini nasihat ku buat kalian #cancersurvivor #cancerfighter #fyp ♬ Dear Diary – liriiklagu
Gara-gara mengimpikan kulit yang cerah dan gebu, wanita berkenaan terpaksa menerima hakikat apabila dia disahkan menghidap kanser.
Menerusi perkongsian tersebut, difahamkan wanita terbabit termakan dengan kata-kata seorang rakan untuk membuat ‘whitening drip’ yang pada akhirnya mendatangkan kemudaratan buat kesihatannya.
Menerusi rakaman itu, wanita tersebut turut menunjukkan beberapa gambar dirinya sebelum dan selepas dia menerima suntikan.
“Dari seorang cantik di usia 40-an. Aku jadi hodoh sekelip mata.”
Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen hadir memberikan respon masing-masing termasuk ada yang berterima kasih kepada wanita itu kerana sudi berkongsi pengalamannya dan menyebarkan kesedaran tentang bahaya ‘whitening drip’.
Terdapat juga netizen yang berkongsikan nasib yang lebih kurang sama gara-gara melakukan suntikan seperti itu.