OCD & Pentingkan Kesempurnaan Ada Beza, Jangan Self-Claim Hidap Penyakit Mental!
Obses dengan kebersihan dan susunan barang merupakan antara simptom bagi penyakit Obsessive Compulsive Disorder atau lebih dikenali sebagai OCD.
Namun, OCD bukan sekadar obses tetapi boleh jadi sampai satu tahap mencederakan diri untuk ‘menyelesaikan’ sesuatu perkara. Contohnya, mencuci tangan hingga berdarah kerana berasa kotor meskipun sudah dicuci berulang kali, mengambil masa berjam-jam membetulkan kedudukan parking berulang kali
Kecoh di laman Twitter semalam apabila seorang gadis berkongsi cerita memiliki rakan serumah yang menghidap OCD.
“Pernah duduk dengan housemate OCD. 1. Dia basuh sudu, dia tunggu sudu tu kering depan mata dia. 2. Roda luggage terkena bedding, habis satu katil atau tilam dia bersihkan. 3. Kaki meja punya bucu kena selalu match dengan bucu mozek. Selagi tak match, dia tak stop betulkan meja tu,” kongsi @MalissaAli
Melihat di ruangan komen, ramai netizen yang mengaku menghidap penyakit sama dan menceritakan simptom yang mereka alami namun netizen lain menganggap simptom itu bukan OCD tetapi perfectionist.
“Saya tak rasa ini OCD, lebih kepada perfectionist. Baca komen semua dekat sini dan kebanyakkannya ‘claim’ ada OCD sedangkan besar kemungkinan itu hanyalah perfectionist.
“Percayalah, OCD sangat-sangat memenatkan dan menjengkelkan. Kau kena buat satu-satu benda tu berulang kali sampai satu tahap minda kau suruh stop, baru kau berhenti. Baru boleh sambung buat benda lain,” komen seorang netizen.
PERFECTION BUKAN OCD
Mungkin ada yang suka mengaku diri sebagai “OCD”. Sebenarnya, sukakan kesempurnaan TIDAK bermaksud anda OCD.
OCD adalah sejenis masalah mental SERIUS yang perlukan rawatan.
Thread. pic.twitter.com/wAzDdBSFag
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) March 31, 2022
Menurut hantaran Public Health Malaysia berkaitan perbezaan antara OCD dan orang yang sukakan kesempurnaan memberi gambaran lebih jelas tentang kedua-duanya.
Untuk pengetahuan Maduners, OCD merupakan masalah mental yang mana seseorang individu itu memiliki perasaan, idea, sensasi, tingkah laku dan pemikiran yang berulang ulang tanpa di ingini dan tidak dikawal.
Kebiasaannya, pesakit OCD sendiri tidak gemar dengan keadaan dirinya (melakukan sesuatu perkara berulang kali) kerana perkara ini meletihkan dan adakala hingga menyebabkan kecederaan.
Maka, buat korang yang mungkin rasa-rasa macam ada OCD padahal cuma seseorang yang pentingkan kesempurnaan, jangan ‘claim’ ada penyakit ini. Jika ada gejala, dapatkan nasihat atau diagnos dari doktor dan dapatkan rawatan.