“Boleh Pulak Lupa!” Balik Rumah Pesan E-Hailing, Cikgu Tepuk Dahi Bila Teringat Keluar Naik Motor – Manis Madu
Cikgu Tepuk Dahi Bila Teringat Keluar Naik Motor

“Boleh Pulak Lupa!” Balik Rumah Pesan E-Hailing, Cikgu Tepuk Dahi Bila Teringat Keluar Naik Motor

Baru-baru ini, seorang guru berkongsi kisah lucu yang terjadi kepadanya semasa keluar membeli bahan mengajar di sebuah pusat membeli belah di laman TikTok.

 

Menurut guru berkenaan, dia pergi ke sekolah dengan menaiki motor dan bercadang untuk singgah ke pusat membeli belah untuk membeli bahan mengajar sebelum pulang ke rumah.

Jejaka tersebut juga sempat memuat naik rakaman di Insta Story menunjukkan dia menaiki motor pada hari tersebut.

 

Sesudah selesai membeli semua barang yang diinginkan, guru berkenaan memesan pemandu e-hailing untuk pulang ke rumah malah, dia turut merungut kerana kesukaran mendapatkan pemandu ketika itu.

 

Namun, ketika sudah hampir sampai di rumah, guru berkenaan terkejut setelah melihat kembali hantarannya di Insta Story yang dia sebenarnya membawa motor!

 

“Dah naik Grab, hampir sampai rumah aku buka ig story aku. Ehh, aku naik motor!,” ceritanya sambil ketawa.

 

Guru itu juga menjelaskan, dia terpaksa berpatah balik untuk mengambil semula motornya.

 

Melihat di ruangan komen video itu, ramai warganet terhibur dengan penceritaan guru ini dan tidak kurang juga yang berkongsi pernah terjadi perkara yang sama.

Post a Comment