Oh! Indahnya New York
Kota Metropolitan yang indah dan cantik, itulah City Of New York. Dikenali sebagai New York City (NYC), kota ini menawarkan keindahan dan kemajuan bandar metropolitan yang sebenar.
Kota New York merupakan kota yang paling tinggi populasinya berbandingkan dengan kota-kota atau bandar lain di Amerika Syarikat. Mari kita lihat di manakah tempat yang menarik harus anda kunjungi jika anda berada di New York.
Radio City Music Hall
Processed with VSCO with a5 preset
Radio City Music Hall adalah merupakan tempat di mana terletaknya Rockfeller Center di Midtown Manhattan. Radio City Music Hall terkenal kerana di sini terletaknya headquartes untuk Rockettes. The Rockettes merupakan salah satu kumpulan menari yang sangat terkenal.
Central Park
Jika anda ingin mengalami pengalaman berjalan-jalan di taman yang besar di New York, ini adalah tempat yang anda harus kunjungi. Pernah tak anda menonton filem Hollywood dan melihat pelakon-pelakon memaparkan pemandangan yang indah di taman di tengah kota New York? Inilah taman yang terkenal itu.
Statue Of Liberty
Bila kita bercakap mengenai New York, pasti kita tidak akan lupa untuk mengatakan mengenai Statue of Liberty di pulau New York Harbor. Patung ini adalah merupakan hadiah dari kerajaan Perancis untuk menunjukkan simbol demokrasi dan kebebasan. Anda boleh melawat tempat ni dengan membeli tiket yang boleh dibeli dari internet atau ke kaunter sahaja.
Jambatan Brooklyn
Sumber Gambar: Loving-NewYork
Jambatan ini sangatlah terkenal kerana ia menyambungkan pulau Manhattan dan Brooklyn. Dengan kepanjangan 1,595.5 kaki, jambatan ini merupakan salah satu tempat ikonik untuk pengunjung yang melawat New York.
Times Square
Salah satu tempat yang paling ramai pengunjung lawati, Times Square merupakan tempat yang sangat sibuk di Kota New York. Bertemankan dengan lampu neo dan bangunan yang dipenuhi dengan digital billboard, ia pasti akan menjaminkan pengalaman yang sangat luar biasa. Jika anda ingin berfeeling-feeling nak jadi macam Alicia Keys semasa dalam video klip New York beliau, datanglah dan kunjungilah Times Square.
Terminal Grand Central
Ini adalah salah satu tempat yang sangat cantik dan mengagumkan. Dengan keadaan yang sentiasa sibuk, terminal ini menawarkan suasana sebenar sebagai seorang New Yorker. Terminal ini adalah pusat untuk hampir semua tren dan subway di New York. Terminal ini dipenuhi dengan pelbagai kedai cenderamata dan juga mini mall.
Banyak lagi tempat yang menarik anda boleh lawati dan kunjungi jika anda ke New York, buatlah research dan plan betul-betul masa anda. New York pasti akan membuatkan anda rasa kagum dan terpesona dengan keindahan kota yang sangat sibuk ini.