Oh! Miso Kaulah Segalanya! – Manis Madu

Oh! Miso Kaulah Segalanya!

Siapa yang rajin masak? Ada tak korang yang kat luar sana tu anggap memasak adalah salah satu terapi? I’m one of them, Madu memasak untuk menghilangkan stress. Tetapi, Madu akan pastikan diri saya akan selalu bersenam untuk menyeimbangkan berat badan Madu. Takkan nak jadi gemuk dan tak sihat pulak kan.

 

My favourite ingredient kalau nak masak adalah “sup miso”. Sup miso ni selalunya akan memberikan rasa yang sangat sedap dalam masakan anda. Paling senang sekali apabila anda nak masak sup sayur, letakkan sahaja pes miso di dalam sup anda, dan masukkan sayur-sayuran yang anda ingin masak.

Sumber Gambar: Chopstick Chronicles

Sumber Gambar: Chopstick Chronicles

Jika anda ingin menyediakan sup untuk mi, sup miso akan memberikan rasa yang sedap dalam sup mi anda. Jika anda ingin stir fry sayuran, letakkan sedikit pes miso semasa anda menyediakan masakan anda.

Pes miso boleh disimpan di dalam peti sejuk, dan dikeluarkan bila anda ingin menggunakannya. Jadi, korang semua tak perlu nak susah-susah nak menyediakan semua benda. Selamat mencuba!

Post a Comment