Olimpik: Atlet Israel Rosakkan Katil ‘Anti-Seks’ Mohon Maaf, Tapi Nampak Seakan Hanya Baca Skrip? – Manis Madu
Atlet Israel Rosakkan Katil ‘Anti-Seks’ Mohon Maaf

Olimpik: Atlet Israel Rosakkan Katil ‘Anti-Seks’ Mohon Maaf, Tapi Nampak Seakan Hanya Baca Skrip?

Mengikuti perjalanan Olimpik Tokyo 2020, penonton satu dunia dihidangkan dengan pelbagai ‘drama’ yang berlaku sepanjang ia berlangsung. Pelbagai ragam dan kerenah!

 

Baru-baru ini timbul pula satu isu melibatkan atlet Israel apabila dilaporkan telah melakukan kesalahan vandalism terhadap katil kitar semula yang disediakan untuk para atlet.

 

Katil kitar semula kegunaan atlet itu difahamkan diperbuat daripada bahan kadbod serta didakwa mereka sebagai katil ‘anti-maksiat dan telah dijelaskan bahawa ia hanyalah untuk kitar semula dan mampu menampung berat lebih dari seorang.

Mungkin tidak yakin dengan kenyataan itu, terdapat seorang atlet Israel bertindak ‘menguji’ ketahanan katil tersebut dengan mengajak rakan-rakannya seramai 9 orang melompat di atas katil berkenaan sehingga rosak.

Mula di muat naik oleh salah seorang atlet mereka, Ben Wanger di laman TikTok, video tersebut mula tular sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen Jepun.

 

Menurut laporan, video berkenaan telah dibuang oleh Ben selepas mendapat arahan daripada Komiti Olimpik Israel namun ia tidak cukup untuk meredakan kemarahan netizen di sana.

 

“Ia tidak kelakar langsung. Sebagai seorang rakyat Jepun, ia membuatkan saya sedih,” 

 

“Saya tidak faham kenapa ada orang yang sanggup menghancurkan barangan yang dimiliki orang lain,”

 

Namun dalam pada itu, ada segelintir daripada mereka berpandangan bahawa ia tidak menyalahi undang-undang memandangkan katil tersebut akan di kitar semula sebaik Olimpik sampai ke penamat.

Walau bagaimanapun, setelah menyedari tindakannya dan rakan-rakan lain telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai, Ben kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai.

 

Video yang dimuat naik di laman TikTok menyaksikan Ben mewakili semua rakannya membuat permohonan maaf serta menjelaskan dia tidak mempunyai niat tidak baik sebaliknya hanya untuk membuktikan betapa kukuhnya katil kadbod tersebut.

Niat hanya untuk buktikan betapa kukuhnya katil tersebut Madu rasa bukan satu alasan yang relevan sebagai seorang ‘tetamu’ untuk rosakkan barangan milik ‘tuan rumah’, 

 

Malah permohonan maaf tersebut hanya kelihatan seperti membaca skrip. Apa pendapat Maduners?

Post a Comment