Orang Awam Terkejut Tiba-Tiba Turun ‘Hujan Elektrik’ – Manis Madu
electric rain

Orang Awam Terkejut Tiba-Tiba Turun ‘Hujan Elektrik’

Menurut laporan akhbar The Sun, orang awam yang melalui sebatang jalan di Saint Petersburg, Rusia terkejut apabila tiba-tiba ‘hujan elektrik’ turun selepas kilat menyambar wayar elektrik di kota raya itu.

 

Kejadian tersebut berlaku pada Rabu lalu dan dirakam oleh sistem televisyen tertutup (CCTV) di lokasi tersebut.

 

Menerusi rakaman itu, silauan cahaya kelihatan menerangi beberapa orang awam yang berjalan di sebuah persimpangan di kota metropolitan tersebut disusuli dengan guruh yang kuat selepasnya.

 

Percikan hujan elektrik kemudian dilihat di jalan itu lantas menyebabkan orang awam berhenti kerana terkejut.

 

Sebuah video lain yang dirakam dari jarak jauh menunjukkan letupan besar berlaku semasa kejadian. 

 

Seorang saksi berkata, kejadian itu amat menakutkan.

 

“Saya tidak pernah melihat sesuatu seperti itu sebelum ini,” katanya.

 

 Tiada kecederaan dilaporkan akibat insiden itu.

 

Sumber Featured Image: The Sun

Post a Comment