Orang Kata Makanan Asia Membuatkan Anda Gemuk. Betulker? – Manis Madu

Orang Kata Makanan Asia Membuatkan Anda Gemuk. Betulker?

Apabila kita bercakap mengenai makanan Asia, selalunya ia dikaitkan dengan santan kelapa, makanan berlemak dan yang paling selalu tak ketinggalan adalah makanan goreng. So, bagaimana nak diet kalau macam ni? Betul tak?

 

Jawapan dia SALAH, anda masih boleh diet walaupun makan makanan Asia. Mari kita lihat, bagaimana anda masih boleh menikmati makanan Asia sambil menjaga diet anda.

1. Sup Telur atau Sup Wantan

Sumber Gambar: RasaMalaysia.com

 

Jika anda seorang yang suka makanan Cina, cubalah untuk gantikan makanan seperti dumpling goreng ataupun wantan goreng kepada makanan berasaskan sup telur ataupun sup wantan.

2. Makanan stir-fried

Sweet Spciy Chicken & Vegetable Stir Fry; Sumber Gambar: Myrecipes.com

 

Cuba elakkan makanan yang dimasak menggunakan perasa yang berlebihan. Kebanyakan makanan Asia disediakan dengan cara menggoreng. Alternatif lain yang anda boleh cuba adalah makanan yang digoreng sambil dikacau (stir-fried). Ini adalah disebabkan selalunya makanan yang stir-fried hanya menggunakan minyak yang sedikit.

3. Lauk yang dikukus / dengan sup

Sumber Gambar: Rasa.my

 

Jika anda seorang penggemar makanan yang berasaskan kabohidrat seperti nasi putih, mee ataupun nasi goreng. Cubalah untuk makan setengah dari bahagian asal. Jika anda makan makanan ini, cubalah makan diiringi dengan lauk yang dikukus ataupun dengan sup. Elakkan makan dengan lauk bergoreng. INGAT goreng bermaksud berminyak, berminyak bermaksud kolestrol!

4. Makanan Jepun

Sumber Gambar: Cookpad

 

Salah satu makanan Asia yang sangat sesuai untuk jika anda tengah diet adalah makanan Jepun. Ya, makanan Jepun merupakan salah satu makanan yang sangat bagus jika anda tengah diet. Makanan Jepun kebiasaanya penuh dengan makanan laut, sayur-sayuran dan sup. Terutamanya miso sup, sedap dan senang nak menyediakannya

5. Masakan dari Vietnam

Sumber Gambar: Dkna.my

 

Selain dari makanan Jepun, lagi satu makanan yang sangat bagus untuk diet anda adalah masakan dari Vietnam. Makanan Vietnam dipenuhi dengan sayur-sayuran dan ulam-ulaman.

6. Makanan yang dibakar atau direbus

Tapi jika anda penggemar makanan tempatan (Makanan Malaysia), cubalah untuk menggantikan makanan yang digoreng kepada dibakar ataupun direbus. Banyak makanan Malaysia, boleh membantu anda dalam diet anda. Ingat, cuba elakkan makanan yang terlampau banyak kuah ataupun digoreng.

 

Tiada alasan bagi kita jika kita ingin diet. Cara pemakanan kita semuanya terpulang pada diri kita, kalau nak sihat kenalah berjaga-jaga dengan cara pemakanan anda.

Post a Comment