“Orang Puji Anak Kita, Ucap Syukur Bukan Buka Aib” Wanita Kongsi Peringatan Jaga Aib Anak! – Manis Madu
“Orang Puji Anak Kita, Ucap Syukur Bukan Buka Aib” Wanita Kongsi Peringatan Jaga Aib Anak!

“Orang Puji Anak Kita, Ucap Syukur Bukan Buka Aib” Wanita Kongsi Peringatan Jaga Aib Anak!

“Sejuk perut kau, keluar anak bagus macam ni. Tak buat perangai langsung!”

 

“Alalala, matured nya anak you. Tak tantrum, behave je dia,”

 

Biasa kan dengar ucapan macam ni bila bertemu sedara mara atau berkumpul dengan rakan-rakan? Jawapan balas para ibu ini juga kebiasaannya menafikan pujian itu dengan alasan merendah diri dan takut riak.

 

Sebenarnya alasan merendah diri dan takut riak itu membuatkan ibu bapa tanpa sedar membuka aib anak-anak dan lama kelamaan tabiat itu mungkin akan mempengaruhi kehidupan anak tersebut.

 

Boleh jadi, anak itu membesar merasakan dirinya tidak berguna, selalu merasa rendah diri dan lain-lain lagi.

 

Perkongsian seorang wanita di laman Twitter ini turut menyedarkan ramai ibu bapa yang tanpa sedar membuka aib anak-anak ketika ‘merendah diri’ dengan pujian orang.

Wanita itu juga turut berkongsi cara menangani situasi ketika anak-anak dipuji. Antaranya:

  1. Ucap terima kasih
  2. Ucap Alhamdulillah
  3. Puji anak bersederhana. Contohnya ‘memang rajin masak kakak ni di rumah’.
  4. ‘Hehe, sama je macam anak lain’
  5. Senyum
  6. Ubah topik lain ‘bunga ni beli kat mana kak?’
  7. Diam jika tak tahu nak respond apa

 

Haa, lepas ini kalau ada sedara mara puji anak kita, jangan buka aib anak! Boleh gantikan dengan balasan atau respond di atas.

Post a Comment