Peminat Metallica Terberanak Ketika Tonton Konsert! – Manis Madu
Peminat Metallica Terberanak Ketika Tonton Konsert!

Peminat Metallica Terberanak Ketika Tonton Konsert!

Baru-baru ini, kumpulan muzik β€˜heavy metal’ terkenal, Metallica mengadakan konsert di Estadio Couto Pereira, Brazil.

 

Apa yang mengejutkan, ketika konsert berkenaan berlangsung, seorang peminat kumpulan berkenaan dilaporkan melahirkan seorang bayi lelaki!

 

Menurut laporan Metro UK, Joice M Figueiro, ketika kejadian berada bersama peminat-peminat lain menikmati persembahan daripada kumpulan lagenda tersebut.

 

Wanita yang hamil 39 minggu itu duduk di ruangan khas apabila dia mula mengalami kontraksi sebaik sahaja sebelum konsert itu tamat.

Menurut laporan, air ketubannya sudah pecah ketika berjalan menuju bilik perubatan dan oleh kerana tidak mempunyai masa yang banyak untuk ke hospital, Figueiro melahirkan anaknya di stadium.

 

Figueiro difahamkan berjaya mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan kumpulan tersebut dalam diri jelajah yang diadakan di Amerika Syarikat.

Wanita itu juga membuat catatan di Instagram nya menceritakan detik-detik kejadian bersejarah itu berlaku. Gambar bayi bertuah itu juga turut dimuat naik bersama-sama dengan catatan tersebut. Comel bayi dia!

Post a Comment