Pakai Cermin Mata Nampak Nerd? Ini Dia Rahsia Pilih Cermin Mata Dengan Betul!
Rahsia Pilih Cermin Mata Dengan Betul

Pakai Cermin Mata Nampak Nerd? Ini Dia Rahsia Pilih Cermin Mata Dengan Betul!

Orang yang pakai cermin mata selalu dikaitkan atau digambarkan sebagai nerd atau skema kan?

 

Ini mesti sebab pemilihan cermin mata tak bersesuaian dengan muka si pemakai. Untuk pengetahuan Maduners, nak kelihatan cantik dan bergaya walaupun memakai cermin mata pasti boleh, cuma korang kena tahu dan pandai pilih cermin mata yang bersesuaian dengan muka korang.

 

Ada beberapa faktor yang perlu dititikberatkan sebelum memilih cermin mata yang bersesuaian tapi hari ini Madu nak share 2 sahaja.

#1 Bentuk Muka

Tips-memilih-kaca-mata-sesuai-bentuk-wajah

Sumber Gambar: bjue.blogspot.com

Apa yang Maduners perlu tahu, bentuk muka manusia dikategorikan kepada 5 bentuk iaitu bentuk muka berbentuk bulat, segi empat, berbentuk hati, bujur sirih dan tiga segi.

 

Pertama sekali, Maduners kena kenal pasti terlebih dahulu bentuk muka masing-masing, lepas itu barulah dapat aplikasikan tips yang Madu nak share ini.

Bentuk Muka Bulat

Untuk Maduners yang memiliki bentuk muka berbentuk bulat, bingkai berbentuk segi empat adalah yang paling sesuai dengan korang.

Bingkai Cermin Mata Betuk Segi Empat

Sumber Gambar: Shopee.com.my

Ini kerana bingkai berbentuk segi empat akan menampakkan wajah anda lebih kurus dan panjang. Jangan sesekali pakai bingkai berbentuk bulat atau bingkai yang mempunyai saiz yang lebih kecil daripada muka korang.

Bentuk Muka Segi Empat

Berlainan pula bagi mereka yang memiliki bentuk muka berbentuk segi empat. Untuk bentuk muka seperti ini, korang perlu pilih bingkai berbentuk bulat untuk menyerlahkan lagi muka korang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Elakkan bingkai bersegi kerana ia akan menampakkan muka korang makin petak.

Bentuk Muka Berbentuk Hati

Lain pula cerita kalau Maduners seorang yang memiliki bentuk muka berbentuk hati. Korang disarankan untuk memilih bingkai yang ringkas seperti cermin mata yang tidak berbingkai atau bingkai berbentuk ‘cat eye’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Focus Point (@focuspoint_my)

Kalau boleh jangan pilih bingkai yang bersegi dan kecil kerana ia akan menonjolkan lagi bahagian dahi korang.

Bentuk Muka Bujur Sirih

Yang paling untung adalah Maduners yang memiliki bentuk muka berbentuk bujur sirih sebab korang bebas pakai apa jenis bingkai sekali pun. Tetapi Madu sarankan Maduners pilih bingkai yang sama lebar dengan wajah untuk nampak lebih menarik.

Lisa-Blackpink

Sumber Gambar: Youtube

#2 Tona kulit

Nak pilih cermin mata yang nampak onzzz dengan muka, Maduners kena teliti juga warna yang sesuai dengan tona kulit Maduners. Ya, warna juga memainkan peranan dalam menentukan penampilan kita yang berkaca mata.

frame kacamata avt merah maroon

Sumber Gambar: www.tokopedia.com

Bagi Maduners yang memiliki tona kulit cerah, bingkai berwarna terang, seperti merah, biru atau nuansa keemasan adalah paling sesuai dengan korang.

 

Untuk yang berkulit sawo matang pula, disarankan untuk pilih bingkai berwarna natural seperti hitam atau coklat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Focus Point (@focuspoint_my)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Focus Point (@focuspoint_my)

Lepas ini Madu harap Maduners dapat pilih bingkai yang bersesuaian dengan bentuk muka dan tona kulit untuk nampak lebih menyerlah dan berkeyakinan!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment