Pakar Bedah Digantung Kerja Gara-Gara Rakam Video Sambil Pegang Plastik Berisi Kulit Pesakit – Manis Madu
Pakar Bedah Digantung Kerja Gara-Gara Rakam Video Sambil Pegang Plastik Berisi Kulit Pesakit

Pakar Bedah Digantung Kerja Gara-Gara Rakam Video Sambil Pegang Plastik Berisi Kulit Pesakit

Daily Star melaporkan seorang pakar bedah plastik digantung kerja setelah berkongsi video tidak sensitif menerusi aplikasi TikTok.

0_Newsflash-SharedDetained-768

Caren Trisoglio Garcia dari Sao Paulo Brazil, baru-baru ini memuat naik video dia sedang memegang plastik berisi kulit dan lemak manusia, dipercayai milik salah seorang pesakitnya.

 

Dalam video berkenaan, dia kelihatan tersenyum sambil menari selepas selesai melakukan pembedahan.

1_Newsflash-SharedDetained-768

Gara-gara perkongsian video tersebut, dia kini telah digantung kerja berkuatkuasa 8 April lalu. Jika siasatan mendapati dia bersalah, dia berkemungkinan bakal berdepan risiko dibuang kerja.

 

Video berkenaan disifatkan sebagai tidak beretika dan tidak wajar dilakukan oleh seorang pakar bedah plastik.

 

Sumber Gambar: dailystar.co.uk

Post a Comment