Pakcik, Nak Teh O Panas Satu! Ini Dia Makanan Yang Wajib Korang Order Apabila Makan-Makan Di Malaysia!
Orang Malaysia yang tak suka makan hidangan Malaysia ? Tak wujud rasanya!
Bersempena Hari Malaysia tahun 2020 ini, jom kita senaraikan makanan favourite rakyat Malaysia yang sentiasa buat kita terliur.
Malaysia merupakan syurga makanan yang menjadi kebanggaan kita. Yalah, orang luar negara pun datang Malaysia semata-mata nak enjoy makanan yang unik dan sedap-sedap. Betul kan?
So, hari ini kita akan senaraikan satu per satu makanan yang wajib Maduners order kalau keluar pergi jalan-jalan cari makan.
1. Cendol Durian
View this post on Instagram
Kalau cendol pulut, rasanya biasa-biasa jerrr. Disebabkan rakyat Malaysia ini kreatif, kita up sikit, jadikan cendol durian! Rasanya Maduners pun sedia maklum yang rakyat Malaysia memang gilakan durian, campur pula dengan cendol semasa hari panas terik, nikmat!
2. Mi Racun Tulang
View this post on Instagram
Seram dengar nama mi racun tulang ini. Sebenarnya, nama racun itu sebab confirm satu pinggan jer tak cukup kalau makan! Ketagih! Kalau Maduners ada berpeluang untuk jalan-jalan sambil food-hunting di Batu Pahat, jangan lupa untuk try mi racun tulang di Taman Sri Jaya!
3. Roti Naan Cheese
View this post on Instagram
Kebanyakan makanan viral di Malaysia semuanya pakai keju. Ayam keju, corndog cheese, pisang goreng cheese, dan banyak lagi. Tidak dapat dinafikan, memang kesemuanya sedap giler! Tapi Maduners nak tahu tak, apa yang paling sedap? Roti Naan Cheese! Makan dengan ayam tandoori sekali, memang kombinasi terbaik abad ini.
View this post on Instagram
Kalau nak ikutkan, biasanya roti naan cheese ini boleh didapatkan di mana-mana restoran mamak.
4. Roti Canai Banjir
View this post on Instagram
Menu berzaman-zaman dan masih tidak membosankan, roti canai! Waktu sarapan sahaja, cari roti canai. Kalau nak sarapan kaw-kaw punya sedap, kita order roti canai banjir! Madu tahu kebanyakan roti canai banjir yang viral ada di Penang, tapi di Kuala Lumpur pun ada tau!
5. Teh O
Kalau waktu sarapan, kita order teh o panas. Kalau tekak kering, kita minta teh o ais. Kalau nak classy sikit, kita cuba three-layer tea. Pergilah mana-mana restoran pun di Malaysia ini, kalau tak ada hidangan air teh, memang pelik sampai tak boleh dibawa bincang. Gituuu…
Personally, dari zaman kecil sampailah sekarang, Madu memang suka minum teh. Tiap-tiap hari, tau! Lebih-lebih lagi bila guna Uncang Teko BOH. Tak pastilah kenapa, tapi apabila rasa jer teh yang guna Uncang Teko BOH, mesti akan teringat zaman childhood.
Maduners yang nak rasakan teh yang betul-betul fefeeling seperti asli dari ladang teh terkemuka, kena cuba Uncang Teko BOH. Ada BOH, Ada Ummph! Warna pekat, aroma yang memikat, cita rasa teh yang sebenar.
Nak beli teh tapi malas ke kedai runcit? Tak mengapa, online pun mestilah ada. Klik di SINI untuk terus beli Uncang Teko BOH secara effortlessly!