Pandelela Hampir Dihempap Tangki Tandas, Mujur Hanya Luka Ringan! – Manis Madu
Pandelela Hampir Dihempap Tangki Tandas, Mujur Hanya Luka Ringan!

Pandelela Hampir Dihempap Tangki Tandas, Mujur Hanya Luka Ringan!

Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong berdepan detik cemas apabila nyaris dihempap tangki tandas cangkung di gimnasium acara terjun di Bukit Jalil.

 

Kemalangan itu boleh menyebabkan kecederaan serius namun Pandelela bernasib baik kerana hanya mengalami luka di bahagian tumit kaki kiri.

 

Pengalaman itu dikongsikan atlet berusia 29 tahun itu di Facebook dengan memberitahu kejadian itu akan diingat sampai bila-bila.

“Pagi yang tidak disangka dan akan sentiasa saya kenang sampai bila-bila. Saya bernasib baik kerana mengalami luka ringan.

 

“Tak tahu nak ketawa atau menangis,” tulisnya secara berseloroh selepas berkongsi gambar luka di kakinya dan kejadian yang menunjukkan tangki tandas cangkung itu pecah terhempas ke lantai.

 

Tangki tandas itu kelihatan tercabut daripada pemegang atau bracket di dinding dan jatuh berkecai ke lantai tandas.

 

Meninjau ke ruangan komen, warganet mengucapkan semoga Pandelela cepat sembuh di samping ramai yang turut terhibur dengan situasi yang menimpanya.

Post a Comment