Dengar Bella Dipaksa Makan 80 Cili Seminggu, Netizen Bertambah Berang Dengan Siti Bainun – Manis Madu
Tiada Laporan Perubatan Bukti Bella Cedera Makan 1,280 Cili Padi – Peguambela Siti Bainun

Dengar Bella Dipaksa Makan 80 Cili Seminggu, Netizen Bertambah Berang Dengan Siti Bainun

Terkejut dengar Bella diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh Siti Bainun!

 

Dari satu seksaan kepada satu seksaan yang lain, bertambah terkejut setiap kali dengar maklumat terkini berkenaan kes pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang menyeksa kanak-kanak sindrom Down, Bella.

 

Semalam, maklumat terkini telah dikeluarkan oleh Mahkamah Seksyen di Kuala Lumpur berkenaan kes ini membuatkan ramai netizen makin berang dengan Siti Bainun. 

 

Menurut Harian Metro, Saksi iaitu Yasmin Nahar Mahmood yang juga penghuni rumah kebajikan itu pada pendakwaan kelima memberi keterangan bahawa Bella juga dimarah dan diugut diberi air panas jika tidak mendengar cakap, selain ditendang di perut jika menjerit kuat ketika diberi suntikan picagari.

 

Saksi juga berkata dia dan seorang lagi saksi yang dikenali sebagai Aida telah disuruh mengira jumlah cili padi berkenaan. 

 

Peguam Siti Bainun, Farhan Maaruf bertanyakan kepada Yasmin sama ada Siti Bainun mengeluarkan arahan untuk mengira cili padi dan dibalas Yasmin “ya”.

 

Peguam itu mempersoalkan adakah mangsa tidak mengalami sakit perut akibat memakan 80 cili jika diikutkan perkiraan mangsa diberi makan empat kali seminggu.

 

“Katakan Bella didera empat bulan, kiranya 1,280 cili padi disumbat dalam mulut Bella,” soal peguam itu.

 

Semalam, dalam keterangannya Yasmin berkata, Siti Bainun mendera remaja itu setiap hari selama hampir empat bulan yang berlaku pada setiap malam sejak Mac 2021 hingga 24 Jun 2021.

 

Atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi, Siti Bainun mengaku tidak bersalah.

 

Dia didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021.

 

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 

Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung pada hari ini.

Featured Image: Bernama

Post a Comment