Pantone Umum 2 Warna Untuk Tahun 2021, Tapi Kenapa Vogue Cakap 2 Warna Ini Pelik?
Tahun 2020 ini kita dah saksikan Pantone memilih warna Biru Klasik tapi yang terkejutnya memang banyak warna biru klasik digunakan terutamanya oleh frontliner semasa pandemik Covid-19 ini!
Contohnya glove dan baju pelindungan yang dipakai oleh frontliner memang kebanyakan adalah warna biru klasik. Tak pasti nak terkejut atau tidak dengan ramalan Pantone untuk tahun 2020, rasa macam wow pun ada, scary pun ada!
Kalau nak tahu, Pantone ini adalah sebuah syarikat daripada Amerika Syarikat yang meramalkan warna yang akan mengungguli dunia untuk setiap tahun, tapi setiap tahun ramalan mereka sentiasa timbulkan kontroversi dalam kalangan pereka fesyen dan interior designer.
Sumber Gambar: www.adweek.com
Tapi untuk tahun 2021, Pantone umumkan ada 2 warna yang akan mengungguli tahun depan iaitu Ultimate Gray dan Illuminating! Jarang sangat Pantone umumkan 2 warna untuk setiap tahun, selalunya hanya satu warna sahaja.
Anda mungkin tertanya-tanya kenapa dua warna ini? Sampai majalah Vogue pun cakap pilihan dua warna ini untuk tahun 2021 agak pelik.
Pantone nyatakan 2 warna ini dipilih atas sebab “a message of happiness supported by fortitude” yang bermaksud menyampaikan sebuah mesej yang membahagiakan disokong dengan sifat ketabahan.
View this post on Instagram
Wow, mendalam betul maksud dia yang menjadi satu simbol yang hebat. Warna Ultimate Gray disifatkan sebagai warna batu kerikil di tepi pantai dan mempunyai elemen semula jadi.
Untuk warna Illuminating pula, Pantone cakap warna ini adalah warna yang berkilau, ceria dengan penuh daya tarikan tersendiri dan warna kuning yang menghangatkan seakan-akan pancaran cahaya matahari, gempak betul penerangan daripada Pantone!
Kenapa pula Pantone gabungkan dua warna ini? Dikatakan dua warna ini menonjolkan keperluan kita untuk dilihat, dapat didengari, dikenali dan juga kekuatan untuk bersuara.
Kombinasi warna yang berkaitan dengan wawasan, inovasi dan intuisi, dan menghormati kebijaksanaan, pengalaman, dan menginspirasi, mendorong kita maju ke arah cara berfikir dengan lebih baik.
Bagi Syaz, dua warna ini mempunyai gambaran yang tersendiri. Ultimate Gray adalah warna yang lebih suram dan melankolik manakala Illuminating seakan warna yang sangat attention-seeker sesuai dengan mereka yang suka perhatian!
Jadi gabungan diantara dua warna ini sangat menarik kalau pandai digabungan dengan baik, dah macam fashion designer pula.
~Stay Safe Maduners~