Suri Rumah Rugi RM177,500, Ditipu African Scam! – Manis Madu
Suri Rumah Ditipu African Scam

Suri Rumah Rugi RM177,500, Ditipu African Scam!

Seorang wanita berusia 40-an teruja dimaklumkan bakal mendapat hadiah istimewa sebagai tanda perkenalan daripada jejaka Poland yang dikenalinya di Facebook, suri rumah ini kerugian RM177,500 akibat ditipu sindiket African Scam!

Mangsa, mengenali lelaki itu sejak sebulan lalu yang kononnya berasal dari Poland, sebelum menjalinkan hubungan rapat secara maya.

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek itu kemudian memberitahu suri rumah tersebut bahawa dia ada menghantar hadiah melalui syarikat servis penghantaran di Kuala Lumpur.

 

“Bagaimanapun, mangsa diminta membuat beberapa bayaran antaranya cukai, insurans dan caj perkhidmatan lain bagi menebus barang yang dihantar.

 

“Tanpa berfikir panjang wanita yang menjadi mangsa tersebut membuat bayaran untuk mendapat hadiah terbabit hingga tidak sedar dirinya terperangkap dengan sindiket penipuan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

 

Jelasnya, mangsa membuat 17 transaksi kepada suspek sejak 7 hingga 8 Disember lalu, ke lima akaun tempatan berlainan individu dengan keseluruhan berjumlah RM177,500.

 

“Mangsa membuat laporan polis kelmarin selepas sedar ditipu dan memaklumkan wang diberikan kepada suspek adalah wang simpanannya ketika dia bekerja di sebuah syarikat insurans termasuk wang simpanan ibunya serta wang dipinjam dari adiknya.

 

“Polis tidak menolak kemungkinan lelaki yang dikatakan dari Poland itu adalah ahli sindiket parcel scam berdasarkan modus operandinyaā€¯.

 

Polis dalam usaha mengesan suspek terbabit termasuk nombor akaun bank digunakan bagi aktiviti penipuan itu.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Post a Comment