Paris Hilton Sah Bertunang Untuk Kali Ke-4!
Siapa saja tak kenal dengan personaliti terkenal daripada Amerika Syarikat dan juga merupakan cicit kepada Conrad Hilton, pengasas Hotel Hilton iaitu Paris Hilton telah mengumumkan sudah bertunang dengan teman lelakinya Carter Reum pada 13 Februari lepas.
View this post on Instagram
Menariknya, sempena bertunang mereka, teman lelakinya, Carter Reum telah melamar Paris dengan cincin yang bernilai kira-kira AS$2 juta (RM 8,081,800.00).
Sumber Gambar: https://parishilton.com/
Dikatakan juga cincin tersebut direka khas oleh cicit pereka terkenal Louis Cartier iaitu Jean Dousett.
“Tahun lalu, dengan pandemik COVID 19, banyak perkara berubah. Sebelum ini saya selalu sibuk tetapi tahun lalu saya banyak habiskan masa di rumah dan menilai semula apa yang penting bagi saya.
“Saya sangat teruja untuk ke peringkat seterusnya,” kata Hilton kepada portal majalah antarabangsa People.
Paris Hilton juga mengesahkan sebenarnya dia dan tunangnya sudah kenal hampir 15 tahun sebelum mula mengenali hati dan perasaan masing-masing dengan lebih mendalam.
Sumber Featured Image: https://parishilton.com/