Pasangan Nak Nikah Online, Ini Proses Wajib Korang Perlu Tahu! – Manis Madu
Pasangan Nak Nikah Online, Ini Proses Wajib Korang Perlu Tahu

Pasangan Nak Nikah Online, Ini Proses Wajib Korang Perlu Tahu!

Waktu pandemik ini, selain berita-berita viral dihidangkan untuk tatapan kita, berita-berita perkahwinan juga tidak kurang banyak dikongsi di laman sosial.

Tidak dinafikan, melangsungkan perkahwinan dalam tempoh ini sangat jimat! Memang jimat la sebab kebanyakan pasangan hanya dibenarkan melakukan acara akad nikah di pejabat agama sahaja tanpa sebarang majlis keraian.

 

Seronok memang seronok, tetapi proses untuk sampai ke hari bahagia itu sebenarnya tidak semudah yang disangka!

 

Baru-baru ini, terdapat satu perkongsian di laman Twitter oleh @dewirosliiiiiii tentang proses dan perkara yang perlu disediakan oleh pasangan pengantin untuk bernikah sekarang (tempoh pandemik).

benarnikahonline

Antara proses yang perlu dilakukan ialah:

 

  1. Menghadiri kursus kahwin. Semak di laman sesawang PAID dan cari tempat yang paling senang untuk hadir.

 

  1. Melakukan temu janji di klinik kesihatan masing-masing untuk ujian HIV.

 

  1. Isi borang nikah di SPPIM. Klik pada ‘Benar Nikah Online’. Isi semua maklumat korang dan pasangan. Salah seorang sahaja tau yang isi dan pastikan isi dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh nikah.

 

Untuk proses selanjutnya, Maduners boleh baca pada thread yang dikongsikan gadis ini.

 

Madu harap dengan perkongsian ini dapat memudahkan urusan Maduners yang sedang merancang untuk menamatkan zaman bujang.

Post a Comment