Pasangan Selebriti Mengaku Tak Suka Mandi, Hanya Bersihkan Alat Sulit? – Manis Madu
Pasangan Selebriti Ashton Kutcher dan Mila Kunis Mengaku Tak Suka Mandi, Hanya Bersihkan Alat Sulit

Pasangan Selebriti Mengaku Tak Suka Mandi, Hanya Bersihkan Alat Sulit?

Mandi adalah sesuatu perkara yang harus dilakukan oleh manusia pada setiap hari atau selepas melakukan sesuatu aktiviti. 

 

Tetapi apa yang dilaporkan oleh Page Six ini lain pula ceritanya apabila pasangan selebriti ini dikatakan tidak suka mandi apatah lagi menggunakan sabun dalam kehidupan sehariannya.

 

Ashton Kutcher dan Mila Kunis yang merupakan pasangan suami isteri ini mengaku jarang mandi dan hanya membersihkan tempat yang kotor sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashton Kutcher (@aplusk)

Dalam temubual bersama Program Podcast Armchair Expert, Kunis, 37, memberitahu mereka dan dua anaknya iaitu Wyatt, 6 dan Dimitri, 4 tahun itu juga jarang dimandikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mila Kunis (@milalkunis)

“Saya membesar tanpa alat pemanas air, jadi saya memang jarang mandi. Saya juga bukan sejenis yang mandikan anak semasa mereka baru lahir” – Kunis

 

Mereka hanya akan membersihkan bahagian yang terkena kotoran sahaja

 

“Kalau ada kotoran pada anak baru kami bersihkan, jika tidak, tak perlu mandi”  – Kutcher

 

Persatuan Dermatologi Amerika mengesyorkan kanak-kanak yang berusia 6 hingga 11 tahun mandi sekurang-kurangnya sekali atau dua kali seminggu bermula dari usia baligh.

 

Pasangan itu bagaimanapun membidas kenyataan tersebut dan melarang untuk menyingkirkan minyak semula jadi pada kulit dengan sabun secara berlebihan. 

 

Tambah Kutcher, walaupun baru sahaja selesai melakukan aktiviti kecergasan, mereka sekeluarga hanya menggunakan air untuk membersihkan wajah dua kali sehari.

 

“Hanya ketiak dan celah kangkang sahaja dibasuh, tempat lain tidak perlu. Saya basuh muka untuk buang garam-garam peluh”

Post a Comment