Pavithra Hampir Dipukul Oleh Suami, Kemungkinan Tiada Lagi Video Masak
Baru saja dilanda kontroversi beberapa bulan yang lalu, Sugu Pavithra sekali lagi mengejutkan netizen dengan isu yang baru.
Pasangan itu sebelum ini sering saja mendapat pujian dan menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia melalui video perkongsian masakan yang dimuat naik di Youtube.
Sumber Gambar: Youtube
Kejayaan mereka secara tidak langsung mengangkat Pavithra sebagai “Ikon Bandaraya Ipoh.”
Gelaran tersebut eksklusif untuk anak jati Ipoh sebagai penghargaan atas kejayaan dan sumbangan mereka dalam mempromosikan Bandaraya Ipoh.
20 Julai 2020 – Datuk Bandar Ipoh mengadakan perjumpaan dan sidang akhbar bersama Youtuber, Sugu Pavithra bagi mempromosikan Bandaraya Ipoh. pic.twitter.com/0VoNvW8RCX
— MBI (@mbi_citycouncil) July 21, 2020
Awalnya Madu rasa seronok dan tumpang gembira atas kejayaan Pavithra. Tapi, apa yang tak sedap Madu dengar selepas itu adalah suaminya kepada Pavithra iaitu Sugu ditahan oleh pihak polis.
Sumber Gambar: The Star
Pavithra dikatakan terlupa untuk menyebut nama suaminya yang menyebabkan secara tidak langsung membuatkan Sugu tersinggung.
Menurut laporan The Star, suami kepada Youtuber terkenal itu ditahan kerada telah didakwa membawa sabit dan bertindak kasar ke atas Pavithra di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan kejadian tersebut dan masih dalam siasatan pihak polis.
Ekoran daripada kejadian tersebut, #Sugu Pavithra kembali trending dan menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.
No more Sugu Pavithra after this, it’s just Queen Pavithra. Don’t be with a man who can’t handle your crown, ladies. 😤
— Sharifah Hani Yasmin (@sharifahyasmiin) July 22, 2020
Tertinggal bas. Baru tau kes Pavithra kena pukul dgn Sugu. Adoii Pavithra tu baru nak naik dlm dunia youtuber. Dlm video pun Sugu nampak elok je support. Takkanla sbb lupa sebut nama time award pun jadi isu. Katanya sbb mabuk, masalah bila dh mabuk itula. Takleh fikir dah
— ZARIEE (@ZarieeZamani) July 22, 2020
Kesian dgn pasangan Sugu Pavithra. Tgk video diorg sgt lemah lembut & berbudi bahasa, & saya yakin in real life pun Sugu mmg begitu. Tp tulah, u’re not urself under alcohol influence, doing things u might regret. Antara sbb Islam tegas menentang arak. I wish the best for them.
— Jiman Najmi (@jimanxnajmi) July 22, 2020
Madu harapkan Pavithra sekeluarga kuat hadapi ujian yang diberikan. Please don’t stop making such a lovely video. We really need that kind of spirit in Malaysia.