Baru Tiba Dari Luar Negara? Kuarantin Dulu Untuk Keselamatan Negara – Manis Madu
Baru Tiba Dari Luar Negara Kuarantin Dulu Untuk Keselamatan Negara

Baru Tiba Dari Luar Negara? Kuarantin Dulu Untuk Keselamatan Negara

Proses kuarantin di stesen ditetapkan wajib bagi mereka yang pulang ke tanah air dan juga warga asing yang masuk ke Malaysia.

Seperti yang kita semua sudah tahu, tempoh kuarantin dilakukan dalam tempoh 14 hari. Dan sudah semestinya, kalau terpaksa kuarantin, haruslah disiplinkan diri untuk mengasingkan diri.

Kalau berlegar-legar di kedai makan atau kedai runcit, anda berpotensi untuk meningkatkan jumlah pesakit Covid-19, awas ya! Maduners tak taku berlaku gelombang baru ke? Risaunya Madu.

Menurut Berita Harian, kuarantin tersebut akan bermula pada Jumaat ini, 24 Julai 2020. Keputusan tersebut diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan PKP.

 

Akan tetapi, mereka yang terpaksa kuarantin perlu menanggung kos sepenuhnya, tidak lagi seperti dahulu.

 

Madu percaya yang pihak kerajaan mempunyai sebab yang kukuh untuk melakukan keputusan ini, selebihnya adalah pada kita sebagai rakyat untuk patuth pada arahan.

united-nations-covid-19-response

Selain itu, untuk urusan ujian swab tidak perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia yang pulang ke tanah air kerana mereka perlu dikuarantin secara automatik. Namun, diwajibkan bagi warga asing.

Post a Comment