Pecah Peluh Nak Hilangkan Kutu Beras, Rupanya Boleh Settle Dengan Bawang Putih Jerr! – Manis Madu
Pecah Peluh Nak Hilangkan Kutu Beras, Rupanya Boleh Settle Dengan Bawang Putih Jerr!

Pecah Peluh Nak Hilangkan Kutu Beras, Rupanya Boleh Settle Dengan Bawang Putih Jerr!

Buat mereka yang suka menyimpan stok barang masak, bahan-bahan itu berisiko rosak samada kerana tamat tempoh atau dimasuki serangga perosak.

 

Begitu juga jika menyimpan beras. Kadang-kadang beras itu masih baru dibeli tetapi kutu berasnya ya ampun banyak sekali!

 

Menerusi satu hantaran di laman TikTok, terdapat satu akaun yang berkongsi cara-cara ‘menghalau’ kutu beras daripada berada dalam bekas beras.

@nz.pgs Beras ada kutu ups!! jangan buang ikut tips cara saya ni😘moga beri manfaat pada semua para emak2 😍part 2 result nya #tiktoksabahan #foryoupage ♬ Jeming Intan Berlian (Hidup Kita Keno Steady) – normuhammadhafiezhayqal

Caranya sangat mudah! Hanya ambil selabu bawang putih, potong kepada dua bahagian dan benamkan di dalam beras.

 

“Letak bawang putih dalam beras. Boleh untuk benamkan atau letak pada permukaan beras. Biarkan seharian. Contohnya buat pada waktu pagi, petang baru check. Confirm semua kutu beras hilang,” tulis keterangan dalam video tersebut.

 

Haa, kalau Maduners mengalami masalah yang sama, boleh cuba acara ini untuk halau kutu beras yang berleluasa dalam beras kita. Selamat mencuba!

Post a Comment