Bagi Idea Buat Kenduri Kahwin Selepas Isyak, Rupanya Ramai Suka! – Manis Madu
Bagi Idea Buat Kenduri Kahwin Selepas Isyak, Rupanya Ramai Suka!

Bagi Idea Buat Kenduri Kahwin Selepas Isyak, Rupanya Ramai Suka!

Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat untuk meraikan pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Selepas sesi akad nikah pasti akan disusuli dengan majlis resepsi atau kenduri yang selalunya dibuat pada waktu tengahari.

 

Namun, baru-baru ini seorang gadis di laman TikTok memuat naik pendapatnya yang meminta orang ramai untuk mengubah budaya kenduri kahwin di waktu tengahari dan mulakan budaya kenduri kahwin selepas isyak.

Gadis berkenaan juga turut menyatakan beberapa alasan yang relevan tentang kenduri yang diadakan pada sebelah malam antaranya tidak perlu untuk cuci makeup ketika mahu solat dan tidak perlu berpanas-panas di waktu tengahari.

 

Number satu, you tak perlu cuci makeup you untuk solat Zohor atau Asar. You tak payah nak tahan kentut, I tau tahan kentut lagi sakit daripada putus cinta.

 

Second, kalau you buat lepas Isyak, you tak payah fikir dah nak kena sembahyang. Lelaki pun tak payah, perempuan pun tak payah. And then lepas Isyak dah tak panas dah tak payah berpeluh-peluh ketiak ni,” ujar gadis tersebut.

 

Gadis itu juga berkata, kanak-kanak sudah berkurang tenaga dan tidak akan mencetuskan banyak ‘hal’ memandangkan hari sudah malam.

 

Idea itu ternyata disambut baik oleh warganet yang rata-rata bersetuju untuk mengadakan majlis pada waktu malam.

 

Exactly, pastu majlis lepas isyak jadi ringkas sikit cepat habis takde dah yang nak melepak lama-lama sampai kesudah,” komen seorang pengguna TikTok.

 

“Weh ye betul please jom jadi generasi yang kahwin pas isyak,” tambah seorang lagi netizen.

 

Betul juga kan, tak panas dan tak perlu tahan kentut dan cuci makeup itu point paling lurveee!

Post a Comment