Pekerja Mahir Nahas Dibaham Harimau Ketika Tutup Pagar Elektrik Untuk Penyelenggaraan – Manis Madu
Pekerja Mahir Nahas Dibaham Harimau Ketika Tutup Pagar Elektrik Untuk Penyelenggaraan

Pekerja Mahir Nahas Dibaham Harimau Ketika Tutup Pagar Elektrik Untuk Penyelenggaraan

Jangan disangka orang yang berpengalaman tidak akan ditimpa musibah walaupun sudah biasa dan mahir dalam pengurusan haiwan liar.

 

Malang tidak berbau apabila seorang pekerja zoo yang berpengalaman maut dibaham seekor harimau Siberia ketika pagar elektrik dimatikan bagi tujuan penyelenggaraan.

 

Menurut laporan Daily Star,  jurucakap Seaview Predator Park berkata “Kami berasa sangat berdukacita mengesahkan kematian pekerja kami David Solomon selepas diserang seekor harimau Siberia”

seorang pekerja zoo yang berpengalaman maut dibaham seekor harimau Siberia ketika pagar elektrik dimatikan bagi tujuan penyelenggaraan

“Pagar elektrik di kandang harimau Siberia kami Jasper dan Jade sedang diperbaiki ketika Jasper melompat pagar untuk keluar.

 

“Malangnya David berada di lorong antara dua kandang harimau yang ketika itu sedang berjalan menuju ke arah bekalan air sebelum Jasper keluar.”

 

Jurucakap bagaimanapun memberitahu, avid cuba memanjat pagar kandang yang berlainan untuk menyelamatkan diri tetapi ditarik Jasper.

 

Harimau itu dikatakan membaham David, namun punca kematian pekerja itu disebabkan kecederaan yang berlaku pada lehernya yang dikatakan  patah gara-gara insiden berkenaan.

 

Susulan itu, pengurus taman mengisytiharkan detik cemas dan meminta orang awam meninggalkan kawasan berkenaan.

Sumber Gambar: Daily Star

Post a Comment