Pelakon Wanita, Lori Loughlin Bebas Dari Penjara, Didenda RM607,665! – Manis Madu
Pelakon-Wanita-Lori-Loughlin-Bebas-Dari-Penjara

Pelakon Wanita, Lori Loughlin Bebas Dari Penjara, Didenda RM607,665!

Selepas disabitkan kesalahan kerana menipu untuk mendapatkan tempat bagi anak-anak istimewa di universiti berprestij, Lori Loughlin telah tamat menjalani hukuman penjara selama dua bulan.

Hukuman penjara aktres tersebut yang famous dengan siri ā€˜Full Houseā€™ bermula pada 30 Oktober itu dijalaninya di penjara persekutuan dengan keselamatan rendah di Dublin, kira-kira 30 kilometer di timur San Francisco.

Sebelumnya, pelakon filem ‘Desperate Housewives’, Felicity Huffman telah dibebaskan pada Oktober 2019 selepas menjalani hukuman selama 11 hari daripada hukuman selama dua minggu selepas didapati bersalah dengan penipuan yang sama.

 

Untuk pengetahuan Maduners, Lori Loughlin telah mengaku bersalah dan mulai menjalani hukuman penjara tersebut pada bulan Ogos 2020 yang lepas, 50 orang yang lain turut didakwa atas kesalahan penipuan tersebut.

 

AS$500,000 (RMRM2.02 juta) adalah jumlah wang yang dibelanjakan pasangan terbabit untuk mendapatkan kemasukan ke University of Southern California bagi dua anak perempuan mereka sebagai anggota pasukan kru mendayung ā€“ sukan yang anaknya tidak layak kerana tidak pernah menjalani latihan.

 

Lori Loughlin juga dijatuhi hukuman dua tahun pembebasan yang masih perlu diawasi, denda AS$150,000 (RM607,665) serta 100 jam perkhidmatan masyarakat.

 

Manakala suaminya, Giannulli, 57, yang disifatkan oleh pendakwa sebagai penipu lebih aktif di antara kedua-duanya, dijatuhi hukuman penjara selama lima bulan, denda AS$250,000 (RM1.01 juta) serta 250 jam khidmat masyarakat.

 

Hukumannya bermula pada 19 November dan di tempatkan di penjara Lompoc berhampiran Santa Barbara, California.

 

Yang mengejutkan lagi, nama William “Rick” Singer yang didakwa sebagai teraju utama yang turut didakwa dan mengaku bersalah dan sedang menunggu hukuman pada tahun depan. Menurut pihak berkuasa dibayar sekitar AS$25 juta (RM101.27 juta) untuk memberi rasuah kepada jurulatih dan pentadbir universiti.

Sumber: Berita Harian

Post a Comment