Pelayan Restoran Terkejut Hanya Dapat 4 Sen Selama Enam Minggu Bekerja! – Manis Madu
Pelayan Restoran Terkejut Hanya Dapat 4 Sen Selama Enam Minggu Bekerja!

Pelayan Restoran Terkejut Hanya Dapat 4 Sen Selama Enam Minggu Bekerja!

Seorang wanita mendedahkan dia hanya menerima gaji sebanyak AS$0.01 (4 sen) selama enam minggu bekerja di sebuah restoran.

 

Menerusi perkongsiannya di aplikasi TikTok, wanita bernama Liny itu menceritakan kisahnya dan menunjukkan slip gajinya.

Lily memberitahu, dia bekerja di sebuah restoran di Nashville, Tennessee, baru-baru ini.

 

Berdasarkan perundangan buruh AS, gaji minimum bagi semua pekerja di seluruh negara seharusnya AS$2.13 (RM8.90) setiap jam.

 

Dalam pada itu, wanita berusia 25 tahun tersebut tidak memberitahu berapa jam dia bekerja selama enam minggu berkenaan.

 

Liny juga tidak mendedahkan berapa banyak tip yang diperolehnya selama tempoh tersebut. Namun, wanita itu meminta agar semua pelanggan ‘rajin’ memberi tip kepada pelayan restoran.

 

Videonya tular dalam media sosial dan pada masa yang sama, Liny juga menerima kritikan daripada pelbagai pihak. Kebanyakan pengguna media sosial menegaskan, pemberian tip kepada pelayan restoran bukanlah satu kewajipan.

 

“Anda sepatutnya salahkan restoran tempat anda bekerja, bukan pelanggan.

 

Di negara lain, pelanggan tidak perlu berikan tip kerana mereka dibayar gaji yang sepatutnya,” tulis seorang pengguna TikTok.

 

Seorang lagi pengguna pula menyatakan gaji pelayan restoran seharusnya lebih besar dari tip.

Post a Comment