Aina Abdul Terkesima Video 'Cover' Lagu Easy On Me Dapat Perhatian Adele – Manis Madu
Aina Abdul Terkesima Video 'Cover' Lagu Easy On Me Dapat Perhatian Adele

Aina Abdul Terkesima Video ‘Cover’ Lagu Easy On Me Dapat Perhatian Adele

Penyanyi Aina Abdul, 28, terharu dan terkejut video nyanyian semulanya untuk lagu Easy On Me mendapat perhatian Adele dan dikongsi menerusi Instagram Story akaun Adele Access.

 

Bagi Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, pencapaian itu sangat bermakna kerana dia sendiri menjadikan penyanyi Britain itu sebagai idola terbesarnya selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

“Alhamdulillah, saya terkejut sangat sebabnya Adele Access kongsi ‘cover’ itu. Saya tahu banyak lagi ‘cover’ lain yang bagus. Tapi dimasukkan dalam satu daripada ‘cover’ yang mereka perasaan, membuatkan saya sangat seronok.

 

“Sewaktu saya mendapat tahu, saya sedang bersiap untuk konsert di Istana Budaya. Jadi, saya terkesima dan perasaan itu Allah saja tahu kerana saya memang peminat terbesar Adele,” katanya.

 

Menurut platun lagu Sumpah, Semalam dan Sepi itu, tiada lain yang diharapkan selain nyanyiannya itu berjaya menyentuh serta disukai Adele.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adele (@adele)

“Saya menjadikan Adele sebagai rujukan bagi segala perkara dalam karier saya. Baik daripada penulisan lagu, fesyen, semualah yang berkisar mengenai dirinya.

 

“Seronok sangat dan semoga pengendali akaun Adele Access dan Adele sendiri nampak video itu. Dan semoga mereka juga menyukai versi nyanyian saya,” katanya.

 

Terdahulu, Adele Access yang menjadi akaun rasmi segala hal berkaitan kerjaya Adele berkongsi beberapa video nyanyian semula lagu Easy On Me. Ia dipilih secara rawak dari video nyanyian di seluruh dunia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Video terbabit yang dimuat naik Aina pada minggu lalu berjaya meraih lebih 149,473 tontonan di Instagram dan lebih 22,900 tanda suka.

Post a Comment