Pelbagai Manfaat! Kini Tumbuhan Indoor Menjadi Kegilaan Orang Ramai
Inilah trend yang dinanti-nantikan kerana mendorong orang untuk lebih mencintai alam semula jadi.
Jadi mengapa tanaman sangat baik untuk kita? Mudah jerr jawapannya, sebab ia dapat membantu kesihatan kita. Sudah tentu, lebih banyak faedah yang berkaitan dengan sistem pernafasan dan persekitaran kita.
Sumber Gambar: lifestyle.co.za
1. Menyerap Pencemaran Udara
Baru-baru ini Madu nampak ramai orang tertarik dengan pokok Lidah Jin. Dah bertahun-tahun rasanya pokok Lidah Jin ada dekat halaman rumah Madu, tapi baru tahun ini dia famous.
Pokok Lidah Jin ini sangat bagus untuk diletakkan dalam rumah kerana ia dapat menyerap pencemaran udara.
Menurut MStar, pokok ini sangat berguna kerana mampu menyedut gas berbahaya seperti toluene, benzene, formaldehyde yang merupakan punca kanser kepada manusia.
2. Mengurangkan Stres
Walaupun ia tidaklah memberikan kesan yang nyata kepada manusia, tumbuhan indoor terbukti dapat mengurangkan tekanan dengan sifat semula jadinya.
3. Tumbuhan Dapat Mengurangkan Bunyi Latar
Kadang-kadang kalau rumah atau ofis dalam kawasan yang sibuk, segelintir Maduners mesti rasa terganggu dengan bunyi-bunyi latar daripada kenderaan.
Kajian daripada Ambius menunjukkan bahawa tumbuh-tumbuhan dapat menyerap, menyebar atau memantulkan bunyi latar, sehingga menjadikan persekitaran lebih selesa bagi penghuni.
4. Sumber terapi
Alang-alang pokok Lidah Jin sedang viral ini, Maduners perlu tahu yang tumbuhan tersebut mampu untuk mengeluarkan bau khas yang menyenangkan pada waktu petang.
Ini juga merupakan terapi yang mesra alam, sesuai untuk mereka yang seharian bekerja dan juga menghadapi tekanan.
5. Meningkatkan Produktiviti
Menurut artikel daripada Prevention, ia telah terbukti bahawa dengan adanya tumbuhan di sekeliling tempat kita bekerja, kadar produktiviti dapat meningkat sebanyak 15%.
Tumbuhan indoor ini boleh dikatakan sangat berguna kepada manusia. Kalau Maduners nak tahu tumbuhan-tumbuhan lain yang sesuai untuk diletakkan dalam rumah bolehlah lawati laman web atap.co.