Pelik & Pening! Wanita Diminta Bayar Lebih Lepas Kucing Beranak – Manis Madu
Pelik & Pening! Wanita Diminta Bayar Lebih Lepas Kucing Beranak

Pelik & Pening! Wanita Diminta Bayar Lebih Lepas Kucing Beranak

Baru-baru ini agak kecoh di laman Twitter apabila seorang pengguna memuat naik satu tangkap layar menceritakan tentang pemilik kucing yang tiba-tiba perlu membayar wang lebih apabila kucingnya berjaya dibiakkan.

 

Melalui hantaran di Instagram story @tyrakmrzmn, dia memberitahu ‘drama’ pada hari tersebut berkenaan kucingnya.

Difahamkan, setelah setahun memiliki kucing tersebut dan kucingnya memiliki anak, secara tiba-tiba pemilik asal kucing itu menghubunginya meminta bayaran lebih kerana dia telah ‘mengahwinkan’ kucing tersebut.

 

“Memandangkan awak dah breed, saya nak awak bayar dengan harga berbeza. Awak kena bayar harga pembiakan (kucing). Harga normal untuk pembiakan 7k tapi saya bagi awak 6k sahaja,” tulis pemilik asal kucing itu.

 

Tyra juga berkata, dia berasa pelik kerana pemilik asal kucing itu turut mempersoalkan tindakannya memuat naik gambar-gambar kucing tersebut di Instagram.

 

“Pelik bila dia kata “and post pula, IG (Instagram)”. Kenapa saya tak boleh post gambar atau video kucing saya sendiri dekat IG? Mereka kucing-kucing saya dan urusan jual beli telah dibuat pada Februari 2021??,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tyra Kamaruzzaman (@tyrakmrzmn)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tyra Kamaruzzaman (@tyrakmrzmn)

Meninjau ruangan komen, netizen juga mempersoalkan tindakan pemilik asal kucing itu yang secara tiba-tiba meminta bayaran sedangkan sudah setahun kucing tersebut diserahkan kepada pemilik baru.

 

“Aku boleh samakan macam, kau dah kahwin dengan anak aku, hantaran 10k. Oh kau nak mengandungkan anak aku? Hah kena bayar setiap anak-anak tu 5k,” komen seorang netizen.

 

“Tu la aku tak faham, dah jual tu sudah la. Jadi kesalahan ke kalau kucing yang dijual tu beranak?,” tulis netizen lain.

Post a Comment