Ribuan Ikan Mati Terdampar Di Pantai Coliumo Cetus Tanda Tanya – Manis Madu
Ribuan Ikan Mati Terdampar Di Pantai Coliumo Cetus Tanda Tanya

Ribuan Ikan Mati Terdampar Di Pantai Coliumo Cetus Tanda Tanya

Beribu-ribu ekor ikan bilis dan sardin yang mati terdampar menimbulkan misteri di sebuah pantai di Afrika Selatan, lapor akhbar Metro UK.

 

Ikan-ikan itu telah menutupi pasir pantai Coliumo berhampiran bandar Concepcion di wilayah Biobio, Chile

 

Pegawai-pegawai alam sekitar kini menyiasat berkenaan penyebab kepada fenomena yang jarang berlaku itu, demikian laporan media tempatan pada Sabtu lalu.

 

Mereka difahamkan sedang meneliti kualiti air di rantau terbabit.

 

Pantai tersebut bertukar menjadi warna perak dengan oleh sejumlah besar ikan yang mati di pinggir pantai. Operasi pembersihan untuk mengalihkan haiwan mati berkenaan sedang dijalankan.

 

Ia dilaporkan bukan kali pertama sekumpulan ikan-ikan mati ditemui hanyut di pantai bahagian Chile tersebut.

 

Insiden serupa yang dilaporkan tahun lalu dikatakan berpunca daripada jumlah oksigen yang rendah di dalam akhir sehingga mendorong spesies berkenaan ke arah pantai.

Post a Comment