Pemuda Selar Tindakan Pelanggan Cerewet, “Customers Not Always Right”! – Manis Madu
Pemuda Selar Tindakan Pelanggan Cerewet, Customers Not Always Right

Pemuda Selar Tindakan Pelanggan Cerewet, “Customers Not Always Right”!

Istilah ‘customers always right’ yang sering diguna pakai dalam urusan perniagaan kadang-kadang menyukarkan para penjual. 

 

Tambah terpaksa melayani perangai pelanggan yang pelbagai, ditambah pula dengan permintaan yang pelik-pelik, memang memeningkan!

 

Pendedahan oleh seorang pengguna Twitter iaitu @cksvvx mungkin akan buatkan Maduners ‘menyirap’ membaca permintaan khas daripada seorang pelanggan ketika memesan makanan.

Hantaran tersebut memuatkan beberapa gambar menunjukkan pesanan seorang pelanggan yang didakwa terlalu cerewet kerana meminta penjual menyiapkan pesanan berdasarkan arahan yang ditulisnya melalui aplikasi.

 

Antara makanan yang dipesan pelanggan tersebut seperti kuetiau goreng, oblong kambing, nasi lemak dan beberapa hidangan air tetapi disertakan dengan arahan khas seperti tidak mahu pedas, tidak mahu sos cili, kurang manis dan banyak lagi!

 

Tidak cukup dengan itu, dia juga meminta semua pesanannya dikurangkan harga sama seperti harga di kedai!

 

Melihat ke ruangan komen, ramai wargamaya turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap golongan seperti itu yang mana akan menyusahkan pihak penjual.

 

Tidak kurang juga terdapat komen daripada para pekerja dan peniaga yang turut meluahkan rasa kurang senang jika berdepan pelanggan seperti ini.

 

Bagi Madu, tiada masalah jika kita sebagai pelanggan nak pesanan dibuat mengikut selera kita tetapi janganlah terlalu melebih-lebih atau melampau sehingga menyukarkan peniaga. Pelanggan tidak selalu betul!

Post a Comment