Pencinta Kucing, Hati-Hati! 5 Jenis Penyakit Yang Boleh Dialami Si Bulu!
Kucing adalah salah satu haiwan peliharaan yang sangat digemari ramai. Telatah dan kecomelan si bulu kadang-kadang membuatkan kita geram dan rasa macam nak gigit!
Sebagai orang yang membela kucing, sudah pasti Maduners mahukan yang terbaik untuk si manja dengan menyediakan tempat yang selesa dan memberi makanan yang secukupnya.
Walaupun dah habis beratus ringgit dan menjaga semua keperluan, si bulu tetap tidak dapat lari dari diserang sebarang penyakit.
Kalau dulu kucing anda sangat aktif dan suka bermain-main, tapi bila tiba-tiba senyap dan nampak macam murung mesti ada something wrong.
Kalau nak tahu, kucing juga mempunyai pelbagai masalah kesihatan baik dari penyakit ringan hingga ke penyakit yang parah.
Jadi, jom kita tengok antara 5 senarai penyakit berbahaya yang boleh dialami si bulu anda!
#Psychogenic Abnormal Feeding Behaviour
Pernah tak Maduners tertanya-tanya kenapa si bulu masih rasa lapar sedangkan baru saja diberi makan?
Kalau si bulu Maduners pernah bersikap macam itu, mungkin si bulu sudah terkena penyakit Psychogenic.
Ciri-ciri yang akan ditunjukkan oleh kucing yang terkena penyakit ini adalah kucing akan bersikap obses yang berlebihan terhadap makanan.
Maksudnya di sini, kucing anda akan jadi lebih agresif bila ada makanan di depannya atau si bulu akan mengeow dengan kuat bila tiba waktunya untuk makan.
Sebab itu kalau anda perasan, baru jer bagi si bulu makan beberapa minit yang lepas tapi bila nampak makanan masih lagi gelisah macam dia berpuasa seharian.
Sebab boleh terjadi penyakit seperti itu adalah kerap memberi makan tanpa mengikut masa yang betul sehingga si bulu selalu dalam keadaan lapar.
Bagi mengatasinya, Maduners disarankan untuk memberi makanan dalam jumlah yang cukup supaya si bulu tidak asyik berasa lapar.
#Kegagalan Buah Pinggang
Penyakit ini biasanya terjadi pada kucing dewasa, ia terjadi apabila si bulu susah nak membuang air kecil secara normal.
Punca berlaku kegagalan buah pinggang adalah disebabkan pemakanan, keturunan, faktor umur dan persekitaran.
Kegagalan buah pinggang yang dialami kucing ini ada 2 jenis iaitu acute dan chronic.
Acute terjadi apabila buah pinggang haiwan peliharaan korang berhenti secara tiba-tiba.
Antara gejalanya ialah cepat haus, kencing berlebihan, muntah, cepat penat, cirit birit berterusan, berat badan menurun secara mendadak dan kurang selera makan.
Hati-hati, kalau penyakit si bulu dalam peringkat awal mungkin boleh diselamatkan. Tapi jika penyakitnya berada pada peringkat 3 atau 4 haiwan peliharaan Maduners berisiko untuk mati.
#Kanser
Penyakit kanser ini bukanlah penyakit khusus untuk manusia sahaja. Ia juga menjadi punca kematian kepada haiwan peliharaan seperti kucing.
Jangan ingat manusia saja yang berisiko menghidapi penyakit kanser, si bulu juga boleh menghidap penyakit yang sama.
Penyakit ini terjadi disebabkan berlaku pertumbuhan sel yang tidak dikawal dan menyerang sesuatu bahagian hingga tersebar ke bahagian yang lain.
Kanser yang dialami kucing dapat menjangkiti satu bahagian tertentu atau menyebar ke seluruh badan kalau tidak dijaga.
Kucing yang mengalami penyakit ini akan cenderung untuk menyembunyikan diri, hilang berat badan, berlaku pendarahan hidung dan kerap cirit-birit.
#Feline Panleukopenia
Feline Panleukopenia atau lebih dikenali sebagai Parvo merupakan virus yang sangat bahaya dan boleh menyebabkan si bulu anda mati.
Virus ini mampu hidup di persekitaran dalam jangka masa yang panjang.
Virus Parvo kebiasaanya sangat mudah menyerang anak kucing berumur 4 minggu hingga 12 minggu dan juga yang belum divaksin.
Virus ini dianggap bahaya sebab boleh berjangkit pada kucing-kucing yang lain dengan cepat.
Itulah sebabnya harus kena asingkan kucing yang sihat dan kucing yang sakit!
Antara gejala yang dialami si bulu adalah hilang selera makan, badan mula susut, muntah menjadi kuning, badan nampak lemah dan najis berdarah.
Kalau terdapat gejala ini pada si bulu, jangan lengah lagi terus sahaja bawa ke klinik haiwan!
#Feline Infectious Peritonitis (FIP)
FIP adalah satu penyakit virus daripada Virus Corona yang menjangkiti dalam badan kucing.
Virus Corona ini hanyalah virus biasa yang menyebabkan cirit ringan dan tidaklah mengakibatkan jangkitan yang membawa maut.
Tetapi, 5% kucing yang dijangkiti Virus Corona ini boleh dijangkiti FIP apabila Virus ini bermutasi di dalam badan atau sistem imuniti kucing yang bertindak balas secara abnormal pada virus ini.
Virus FIP tidak mudah berjangkit macam virus Parvo sebab ini berpunca daripada imunisasi badan yang lemah, baka kucing dan persekitaran yang banyak kucing.
Semua kucing yang pernah dijangkiti Virus Corona berisiko untuk mendapat FIP.
Kalau si bulu dijangkiti virus ini, si bulu akan mengalami masalah pernafasan, mata berair, cirit, lemah dan kerap sakit pada peringkat awal.
Virus ini boleh menyebabkan si bulu mati dan dikatakan tidak ada penawar.
#Sporo
Penyakit sporo pula adalah sejenis penyakit kulat yang terdapat pada haiwan peliharaan terutamanya kucing.
Penyakit ini juga boleh membawa maut dan yang lebih parah ia boleh menjangkiti manusia.
Haiwan yang terdedah dengan aktiviti luar sebenarnya lebih berisiko dijangkiti penyakit ini menerusi kulat sporo.
Kulat akan masuk ke dalam badan haiwan melalui mulut, luka atau kedua-duanya dan luka tersebut tidak akan kering walaupun dah rawat berkali-kali
Cara si bulu boleh menjangkiti manusia adalah melalui sentuhan, gigitan atau cakaran.
Kepada pencinta kucing semua, sila pastikan kucing peliharaan anda berada dalam keadaan yang sihat. Maklumlah zaman sekarang macam-macam penyakit yang ada.
Sumber Gambar: abdcdcatsvets, veterinarypartner, themamamiaow