Pencuri Berani Tak Bertempat, Ada Orang Di Rumah Pun Masih Cuba Mencuri!
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook @ShereenYong telah memuat naik hantaran di laman Facebooknya tentang seorang pencuri yang memasuki rumahnya dan mencuri beberapa barang berharga meskipun ada orang di rumah!
Menerusi hantaran tersebut, pencuri itu dilaporkan masuk ke dalam rumah pada jam 5:30 pagi. Ketika itu, ibunya sudah bangun dan berada di dapur untuk mengemaskan sampah sebelum di buang.
Difahamkan, pencuri itu masuk semasa ibunya berjalan ke dapur di bahagian belakang rumah.
Setelah berjaya masuk, pencuri tersebut mencari barang di ruang tamu sambil memerhati mencari peluang untuk masuk ke dalam bilik stor dan bilik ibunya.
Gerak geri pencuri itu dikesan ketika ibu Shereen mahu keluar daripada rumah untuk membuang sampah. Ibunya terkejut dan merasa pelik kerana pintu rumah sudah terbuka.
Ketika itu, pencuri lari dari bilik dan menolak ibu Shereen sebelum melarikan diri. Pencuri itu juga meninggalkan sepasang kasut di hadapan rumahnya.
Barang-barang yang berjaya dicuri adalah telefon bimbit anak saudaranya, telefon bimbit serta beg tangan ibunya.
Kejadian dipercayai berlaku di Kampung Jawa Klang.
Dalam hantaran yang sama, Shereen turut memuat naik beberapa gambar serta rakaman video gerak geri pelaku ketika kejadian berlaku. Semoga pelaku itu berjaya diberkas!