Penjaga Gol Skuad Wanita Iran Sebenarnya Lelaki? Jordan Gesa AFC Jalankan Siasatan! – Manis Madu
Penjaga Gol Skuad Wanita Iran Sebenarnya Lelaki Jordan Gesa AFC Jalankan Siasatan!

Penjaga Gol Skuad Wanita Iran Sebenarnya Lelaki? Jordan Gesa AFC Jalankan Siasatan!

Jordan menggesa Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menyiasat dan mengenalpasti jantina sebenar penjaga gol skuad bola sepak wanita Iran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by number (@number_one_z)

Iran menewaskan Jordan 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan pada 25 September lalu untuk mara ke Piala Asia Wanita 2022 buat kali pertama dalam sejarah mereka.

 

Presiden Persatuan Bola Sepak Jordan (JFA), Putera Ali Al-Hussein dalam media sosialnya semalam mahukan pemeriksaan jantina ke atas pemain Iran terbabit selepas mendakwa penjaga gol itu seorang lelaki menyamar sebagai wanita.

 

Ali menganggap isu itu merupakan isu yang sangat serius jika dakwaannya benar dan menggesa AFC melancarkan siasatan segera, ketua jurulatih Iran, Maryam Irandoost menafikan dakwaan berkenaan.

 

“Petugas perubatan memeriksa dengan teliti setiap pemain dari segi hormon bagi mengelakkan masalah berbangkit, jadi saya memberitahu semua penyokong supaya tidak bimbang.

 

“Kami akan memberikan apa sahaja dokumen yang dimahukan AFC tanpa membuang masa,” kata Maryam.

 

Penjaga gol Iran, Zohreh Koudaei mempamerkan aksi cemerlang dengan menyelamatkan dua sepakan penalti Jordan sekaligus membawa pasukannya ke Piala Asia 2022.

 

Dalam pada itu, Maryam menegaskan bahawa dakwaan tersebut hanyalah alasan yang digunakan Jordan untuk menutup kekalahan dialami pasukan mereka.

Post a Comment