Penerima Terharu Dapat Surat Comel Ketika ‘Adopt’ Kucing – Manis Madu
Ariff Terharu Dapat Surat Comel Ketika ‘Adopt’ Kucing

Penerima Terharu Dapat Surat Comel Ketika ‘Adopt’ Kucing

Kaedah ‘adopt’ kucing semakin banyak dilakukan dalam kalangan masyarakat. Terdapat banyak group di media sosial seperti di Facebook yang menawarkan kucing untuk dijadikan haiwan peliharaan.

 

Sebahagian daripadanya mengenakan bayaran dan ada juga yang hanya memberinya secara percuma.

 

Begitu juga yang berlaku kepada seorang lelaki dikenali sebagai Ariff yang telah mengambil seekor kucing untuk dijadikan haiwan peliharaan melalui kaedah berkenaan.

Ariff mendapat sepucuk ‘surat comel’ daripada pemilik kucing terdahulu

Namun, Ariff tidak menyangka selepas mengambil kucing berkenaan, dia mendapat sepucuk ‘surat comel’ daripada pemilik kucing terdahulu mengingatkan untuk menjaga Yoda (nama kucing) dengan baik.

 

“Baru sahaja adopt kucing daripada seseorang di group Facebook dan anak mereka selitkan surat yang menyentuh hati ni??!! Saya sangat terharu,

Perkara ini dikongsikan lelaki tersebut di laman Twitternya @ariffikhram dan ciapannya telah mendapat sebanyak 31.9k ulang ciap serta 118k tanda suka!

 

Ternyata perkongsian tentang surat tulisan tangan daripada kanak-kanak itu turut menyentuh hati warganet yang turut sama terharu serta tidak kurang juga yang terhibur dengan tindakan kanak-kanak berkenaan.

 

Sehubungan dengan itu, terdapat juga pengguna Twitter yang memuji tindakan ibu kepada kanak-kanak tersebut yang telah mendidik mereka dengan cara yang baik.

“Boleh tak kita hargai bagaimana ibu mereka didik mereka dengan sangat baik? 

 

“Dia (ibu) tidak keluarkan kata-kata negatif tentang memiliki 11 ekor kucing kepada anak-anaknya tetapi sebaliknya memberitahu mereka bahawa ia akan membuatkan ramai orang gembira jika kita memberi kucing kepada orang lain,” tulis @danielhvqeem di ruangan komen.

 

Madu juga bersetuju dengan komen tersebut. Melalui surat comel itu, kita dapat simpulkan bagaimana tulusnya si ibu mendidik kanak-kanak berkenaan dengan penuh positif.

Post a Comment