Pengarah Sahkan Squid Game Bakal Muncul Musim Kedua! – Manis Madu
Pengarah Sahkan Squid Game Bakal Muncul Musim Kedua!

Pengarah Sahkan Squid Game Bakal Muncul Musim Kedua!

Pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk mengesahkan kemunculan musim kedua bagi siri Netflix popular itu setelah kejayaan luar biasa drama tersebut yang mengungguli carta Netflix di 90 buah negara, lapor akhbar The Sun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Korea (@netflixkr)

Sejak ditayangkan pada 17 September lalu, drama tersebut melepasi jangkaan tontonan selain menjadi fenomena di seluruh dunia.

 

“Kami akan muncul dengan musim kedua. Begitu banyak elemen tekanan, permintaan dan cinta untuk musim kedua.

 

“Penonton tidak memberikan kami pilihan, sebaliknya untuk muncul dengan musim kedua. Saya mempunyai idea ini sekarang, namun masih terlalu awal untuk menyatakan bila dan bagaimana ia akan berlaku,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Korea (@netflixkr)

Tambah Dong-hyuk, beberapa persoalan dalam Squid Game sebelum ini yang belum diselesaikan akan mempunyai sambungan pada musim kedua.

 

“Misalnya, persoalan mengenai pegawai polis dan abangnya yang merupakan ‘The Front Man’, watak utamanya, Gi-hun dan banyak lagi.

 

“Terdapat banyak kemungkinan yang berlaku dalam jalan cerita musim kedua,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Netflix Korea (@netflixkr)

Peminat Squid Game sebelum ini banyak mengeluarkan teori berkenaan watak-wataknya, termasuk satu teori tular yang menyatakan bahawa Oh Il-nam ialah bapa Gi-hun.

Post a Comment