Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Didakwa Atas Pertuduhan Abai Kanak-Kanak Sindrom Down – Manis Madu
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Didakwa Atas Pertuduhan Abai Kanak-Kanak Sindrom Down

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Didakwa Atas Pertuduhan Abai Kanak-Kanak Sindrom Down

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan sindrom down hingga mengalami kecederaan Jun lalu, lapor Harian Metro.

 

Bagaimanapun Siti Bainun, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

 

Mengikut pertuduhan, Siti Bainun didakwa sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit rumah kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju di sini antara bulan Februari sehingga Jun tahun ini yang didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama.

 

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50, 000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Shakira Aliana Alias menawarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan alasan kes melibatkan kepentingan awam dan mendapat perhatian media

 

“Dalam kes ini mangsa merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) selain pihak pendakwaan turut memohon tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi,” katanya

 

Terdahulu, pada 6 Julai lalu laporan tentang seorang remaja OKU sindrom down melecur di beberapa anggota badan akibat didera disyaki oleh penjaganya di sebuah premis yang dipercayai menjadi pusat jagaan kanak-kanak OKU di Wangsa Maju tular di media sosial.

Post a Comment