Pengasas Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing Meninggal Dunia – Manis Madu
Pengasas Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing Meninggal Dunia

Pengasas Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing Meninggal Dunia

Tan Sri Lim Kok Wing disahkan meninggal dunia pada usia 75 tahun hari ini.

 

Menurut Utusan, mendiang telah dimasukkan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di kediamannya minggu lalu.

 

Mendiang dikenali sebagai pengasas Universiti Lim Kok Wing yang ditubuhkan sebagai kolej pada 1991 dan kini mempunyai cawangan di beberapa negara.

 

Ia menjadi antara kolej swasta pertama yang diiktiraf di Malaysia dan diangkat sebagai universiti pada 2007.

 

Takziah Madu ucapkan buat seluruh ahli keluarga.

 

Sumber Gambar: Utusan

Post a Comment